Monday, 24 June 2013

No one can make me laugh like they do :)


Tepat jam 11.40 malam, bas kami bergerak ke Melaka. Ayah di sebelah tak henti-henti dengan celotehnya. Kami ketawa. Dan berborak lagi. Dan ketawa. Ayah memang terkenal dengan ketawanya yang menggegar rumah. Penghibur hati kami adik beradik.

"Ayah, jom kita bisiklah. Depa semua dah tidoq dah."
Aku mencadangkan kepada ayah apabila melihat pemuda berbangsa Cina di hadapanku semacam tidak senang tidurnya. Bimbang mengganggu orang lain di dalam bas. Macam-macam yang kami borakkan. Pukul 1 pagi barulah mata ini kuyu dan tertutup.

Sesampai di Melaka, Najihah datang mengambil kami berdua. Rasa 'amazed' kejap tengok Ihah yang dah cekap bawak manual. Hehe.. Kemuadian kami bergerak ke USIM, tempat Huda belajar. Huda sekarang tengah exam. Bimbang mengganggu, kami hanya singgah sebentar untuk makan tengah hari di Chicken Rice Shop. Macam-macam kerenah adik-adik. Macam biasa, aku lebih banyak ketawa. Selepas menghantar Huda baru bergerak ke Gopeng pula untuk melawat Shakir di SBPI Gopeng.

Di hadapan rumah Huda

Makan-makan! :)


Sepanjang perjalanan, kami berborak tentang masa silam, zaman kanak-kanak dahulu. Siapa sangka Ake yang pendiam sangat popular di sekolah. Mengimbau kembali zaman-zaman nakal dahulu. :) Bagaimana Huda yang berhati lembut sering dibuli oleh Ihah yang lebih berani dan firm pendiriannya.

"Kak, nasib baik kita tak pernah satu skolah. Kalau tak mesti senasib dengan Huda, asyik kena buli dengan adik."


Di sekolah Shakir

Selepas menunaikan solat Zohor dan A'sar di surau sekolah, kami bertemu Ake. Berbakul kata semangat diberikan. Hehe.. Amanah daripada Ummi.. :) Alhamdulillah, lega dapat bersua muka dengan semua adik beradik. Akhirnya! Dan macam biasa, aku memang banyak ketawa dengan mereka. And no one has ever make me laugh like they did. ^^

Family are those you cannot choose.
It was meant to be.
And Alhamdulillah, I cannot thank You more Allah,
For this very valuable gift of love. :)

2 comments:

hudhud cool said...

mana ada kna buliiiiiiii...hahahaha

Unknown said...

Tanya ihah.. :p hehe..