Thursday 26 September 2013

If you choose to see..

When I first entered medical school, I was so excited because I knew I'm gonna learn lotsss of incredible new things that I had always wished to know since I was little. Allah said mankind are His best creation, and I feel blessed to be given the opportunity to learn about it. 

Dolu-dolu, ayah kept asking me.
"Betul ke kakak nak jadi doktor ni? Susah tau belajar. Tengok Kak Ina (my cousin). Sampai muntah-muntah study."
"Tengok Apih (my other cousin), kurus kering dah haa belajar medic."

Nak kata punya susahnya belajar medic, punya banyaknya nak kena hadam.
But I took the challenge, coz I want to know more.
I thought the more I learn, the more I'll know.

Yeah, true indeed. 
The more I learn, the more I know that we actually DON'T know.

There are so many things bout human and it's functions, bout diseases and its cure are still beyond our reach of knowledge. 
Simple example, paracetamol (or people used to call it panadol).
It works fine right? Sakit kepala sikit, rasa nak demam sikit, or feel maybe generally unwell sikit, just take panadol. Works for most people. The principle behind it, no one knows. There are lots of theories, but it remain as theories. Not proven yet. 

Same goes with the diseases, ada banyak lagi yang still in active research. Well, to certain extend, it make things easy coz less things to remember (gaya budak medic yang malas). 

But it make me realize one very important thing, Subhanallah, betapa luasnya ilmu Allah Ta'ala yang menjadikan setiap ciptaan-Nya dengan sehalus-halus seni, dan betapa terbatasnya ilmu manusia.
Betullah kata Prof Muhaya, learning bout His creations, be it human, plants, animals, even the seas and its contents; will drive you closer to Him, if you choose to see.

"Semakin bertambah ilmuku, semakin ku tahu akan kebodohanku."
Imam Ghazali
 

Tuesday 24 September 2013

Failte Freshers

Alhamdulillah, Failte Freshers (FF) sudah melabuhkan tirainya. 
Hooray, another productive weekend! ^^ 

Sekejap-sekejap jadi faci.
Sekejap-sekejap jadi runner.
Sekejap-sekejap jadi tukang masak.
Selalu-selalu jadi tukang makan. :P

"Ya Allah, legenye akak, Allah je yang tahu." Pengarah FF bersuara.
"Biasa la tu. Congratulations. Alhamdulillah everyting went well." 
Aku tersenyum. Faham sangat apa yang dimaksudkan. I've been in her place last year.

Tapi somehow rasa tak puas. 
Rasa macam ada lacking somewhere.
Rasa macam sebenarnya banyak lagi yang boleh aku sumbangkan masa FF. T_T
Alhamdulillah a'la kulli hal, wa astaghfirullah.
Moga setiap kebaikan memberatkan timbangan, dan segala kekurangan dapat diperbaikkan.

Dari Jabir berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seseorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia."
[HR Thabrani dan Daruquthni]

Doakan supaya kita semua tergolong dalam golongan mereka yang bermanfaat kepada orang lain.
Semoga diri ini terdidik untuk mengikut jalan para Rasul-Nya.

Now that I'm back to reality, jom sambung study! ^^

Monday 23 September 2013

Kita serupa..

Aku sedang menunggu di lampu isyarat untuk ke hospital apabila seorang lelaki tua berkerusi roda menghampiri. Kami saling berpandangan dan bertukar senyuman. Lelaki tua itu lantas melemparkan pandangannya pada kereta-kereta yang tidak putus-putus. Dalam sembunyi, aku terus memerhati. Kelihatan kakinya yang sudah 'muscle wasted', kecil dan kurus, besar kemungkinan kerana jarang digunakan seperti kaki manusia-manusia normal yang lain. 

"Kesian." 

Hatiku pantas melahirkan simpati. Fikiranku mencongak-congak sendiri differential diagnosis. Biasalah medic student. Semua benda yang nampak 'pathological', semua nak didiagnosenya. :) 

Lampu pejalan kaki bertukar dari merah ke hijau. Hasratku mempercepatkan langkah dimatikan, bimbang kalau-kalau pakcik tadi memerlukan bantuan. Nak offer takut rasa offended (some of them do feel offended). Alhamdulillah, he crossed the road easily. Dah biasa barangkali. Seorang makcik berjalan di sebelahku. Kami menanti lampu pejalan kaki kedua pula untuk hijau. Pakcik tadi setia di sisi. 

"Don't worry, we will keep you safe to the other side." 
Makcik itu berkata seraya mengenyitkan mata kepadaku. Aku mengangguk-angguk sambil memandang pakcik itu.

"Thanks, don't worry. I'm used to do everything myself.  I'll be grand."

Kami melintas bersama-sama. Selepas mengucapkan selamat tinggal, aku berlari anak menuju ke Cork University Maternity Hospital (CUMH). Dari kejauhan, kelihatan pakcik itu bersusah payah menolak tayar kerusi rodanya ke pintu masuk utama CUH. Suka tengok orang-orang kat sini. Yang kurang upaya dibantu. Dan yang berupaya pun tak lokek untuk membantu. Lain situasi di Malaysia.

Masa mula-mula datang sini, I used to wonder, why there are so many handicapped people around? Kat Malaysia macam tak ada pun. Susah nak nampak. Paling menakjubkan, they do all the laundry, shopping groceries and even cooking themselves. And the transportations are user friendly too. Kalau ada pakcik makcik berkerusi roda nak naik bas, pemandu bas akan turun untuk tolong. Same goes if there's any lady with kids and a stroller.

"Kat Malaysia susah. Makcik aku sorang handicapped. Tapi susah nak keluar rumah. Transportation satu hal. Takut menyusahkan orang satu hal. Pandangan orang satu hal, suka tengok macam dia alien. Memang lah dia tanak keluar dah." My friend responded.

I guess maybe Malaysia is not user friendly enough.
Or maybe the taboo of being handicapped is just too much to bear.
What ever the reason is, we must always treat them properly. With or without the wheel chair, we are all the same.


Saturday 14 September 2013

Lets Explore the Wonders!

"Can you see it? Here's the baby's heart. You see these lines? These are her ribs."
Tetikus digerakkan di screen hitam putih itu sambil Kak Aimi menerangkan apa yang sedang kami lihat. 
Takjub! Subhanallah, betapa indahnya ciptaan Allah. Terasa bertuah dapat belajar asal usul kejadian ciptaan Allah yang terbaik ini.

"Aww, I'm so excited to see her." Bakal ibu itu bersuara kegirangan sambil menggenggam erat jari-jemari si suami. Terasa betapa bahagia pasangan itu menunggu cahaya mata mereka yang pertama.

Tiba-tiba perut si ibu membonjol. Kelihatan bentuk kaki kecil di permukaan menandakan si bayi sedang menendang perut ibunya.

"She's active!" 
"Yes she is. You should see how active she is while we were waiting just now." :)

Subhanallah! 
That's the exciting part of learning about medicine. You will find the wonders of Allah's best creation. :)
And everyday, knowing and learning how complicated and wonderful we are, its brings you closer and closer to Him, alhamdulillah. 

This is just my first week experience in O&G department and I can't wait to explore more!
Sure there are lottts to learn. 
Lets explore the wonders! :)

Friday 13 September 2013

First Oncall :)

Alhamdulillah, semalam diberi peluang untuk oncall dengan Kak Aimi yang bekerja di Cork University Maternity Hospital (CUMH). Nasib baiklah ada Kak Aimi, bolehlah nak menumpang, merasa macam mana oncall sebenarnya. Bermula jam 5 petang, aku pun melapor diri. Baru saja masuk dah ada C-section operation. Memang rasa super excited. Al maklumlah, pertama kali nak tengok live. :) Walaupun C-section tidaklah sesakit natural birth (sebab dibius from spinal below), tapi prosesnya sangat menakutkan. Tak terbayang macam mana kalau perut sendiri dikoyak sebegitu.

Selepas hampir setengah jam..
"Waaaa! Waaaaa!"
Tangisan si tetamu istimewa meriuhkan suasana.

Punya excited dengan baby, terus tak peduli apa jadi dengan si ibu.

"Since we don't have enough people here, could you please help me with this little one?" midwife yang bertugas bertanya.
"Yeah sure, I don't mind."

Memandangkan tidak ramai yang bertugas pada malam itu, aku turut diberi tugas sebagai part of the team - membersih dan memakaikan baju baby, and to keep them warm. :)
Alhamdulillah, pengalaman dengan Afifi banyak membantu. :)

Waktu oncall, berkejaran dari ward ke ward, pergi pula ke ER (emergency room) dan berlari pula ke OT (operation theater) apabila dipanggil adalah perkara biasa. Memang penat. Lebih kurang pukul 1.30 pagi, aku dan Kak Aimi, dua-dua dah tersengguk-sengguk. Kepenatan berlarian sejak jam 5 petang.

"So you want to do Obs (O&G)?" Dr Hala memandang aku serius.
"Please don't. I hope someone had told me so when I was younger."

Aku hanya tersenyum.

Bekerja seawal jam 7.30 pagi dan pulang pada jam 9 malam setiap hari bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ditambah pula kalau berlaku complicated cases yang memerlukan doktor bertugas untuk berada lebih lama di hospital.

Walaupun kepenatan, tetapi satisfaction bekerja dalam department ini sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Seing happy faces with hopes and joy, witnessing the first heart beat of a fetus in  his mother's womb, sharing the joy of a couple seeing their first child in the scan, witnessing the baby kicking while performing the ultrasound - all this are wonderful moments, moments that are not to be forgotten. Paling comel bile tengok first-time-dad yang kekok memangku their first baby girl. :)

It was very tiring indeed, but very very wonderful experience too. Love is always in the air. :)

*****

"Ayah, tadi kakak oncall kat O&G. Best! Tengok baby baru lahir. Hehe."
"Bagus la tu. Seronok kan oncall?"
"Seronok! Thank you ayah! :)"
"Pasaipa?"
"For being my dad." :)

ps: Mesti ayah kekok jugak masa first time holding me. :)