Wednesday, 12 June 2013

Akhlak kita..

Pagi tadi, aku bersama Ummi dan Tokcik ke Bagan untuk memperbaharui kad pengenalan. Semasa menunggu giliran, tiba-tiba Ummi disapa seorang lelaki India yang turut sama menunggu pada ketika itu.

"Kakak, kakak mau dengar satu benda ka?"
"Benda apa?" 
"Pagi ni mak saya baru meninggal. Saya pun mai la nak buat laporan dan nak buat permit. Saya tak pernah buat semua ni, first time. Takdak sapa lagi yang meninggal dalam keluarga saya. Saya pun tanya la itu pak guard apa mau buat, mak saya baru meninggal. Saya tak tau. Tiba-tiba dia pi marah-marah saya. Saya tanya elok-elok, jawab la elok-elok. Itu pun tak buleh ka? Apa punya orang." 

Wajahnya jelas kecewa. Matanya merah-merah, mungkin menangisi pemergian ibu tercinta pagi tadi. Ummi cuba menenangkan lelaki tadi tapi aku tak pasti apa yang dikatakan Ummi memandangkan pada ketika itu aku membantu Tokcik di kaunter.

"Saya tau saya India, tapi saya pun rakyat Malaysia. Tak payah nak buat itu macam sama saya. Banyak sakit hati tau kak. Saya mak baru pagi tadi meninggal. Please la show some respect. Orang mungkin tak tau tapi layanan sama India dengan Melayu tak sama tau kak. Saya mintak maaf tapi saya memang sedih la. Dah la sekarang ni semua benda kena bayar. Semua benda banyak mahal. Itu la. Kita mau 'tukar' itu hari depa takmau. Sekarang ni kita tanggung la."

Aku hanya mendiamkan diri. Ummi yang banyak bercakap. 
Aku tidak mahu menyentuh bab 'tukar' atau tidak. Sebagai seorang Muslim, aku percaya, setiap perkara telah ditentukan, dan setiap perkara pasti ada tempoh masanya. Mungkin kita masih belum bersedia. Mungkin kita masih belum cukup berusaha. Yang pasti, Islam akan menang juga suatu hari nanti.

"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak punya sebarang sekutu dalam pemerintahan-Nya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.
[Al-Furqan: 2]

Cuma satu perkara yang membuatkan aku tertanya-tanya. Kita selalu bangga dengan masyarakat kita yang berbilang kaum, boleh hidup harmoni di dalam satu negara, di bawah perlembagaan yang sama. Tapi mengapa perlu wujud diskriminasi antara kita? Aku cuba meletakkan diriku di tempat uncle tadi. Baru sahaja kehilangan ibu tercinta, datang ke pejabat pendaftaran, ingin mebuat laporan kematian (dalam keadaan blur dan helpless sebab tak tahu apa yang patut dilakukan), tiba-tiba diberi pula layanan sebegitu rupa. Pasti sedih di hati berganda-ganda. 

Langsung teringat layanan mesra yang diterima di Ireland walaupun kami adalah warga asing.
"Yes love? What can I do for you love?"
Memang dah jadi kebiasaan, kami akan dipanggil dengan panggilan-panggilan mesra. Sangat senang hati dengan layanan yang diterima.

Ini bukan tentang hak-hak Melayu atau ketuanan Melayu yang sesetengah golongan lantang pertahankan, tapi ini tentang hak sesama manusia. Bukankah saling menghormati dan tolong menolong sesama kita itu adalah adat yang selalu kita banggakan? Dalam Islam juga kita sentiasa disuruh berbuat kebaikan bukan sahaja kepada sesama saudara seIslam, tetapi juga yang belum Islam.

Kalau inilah akhlak yang kita tonjolkan, yang belum Islam tidak akan nampak betapa indahnya cahaya Islam itu sendiri. Perbaikilah akhlak kita. Moga diri kita tidak menjadi fitnah kepada agama. Naudzubillahi minzalik.

Credit tu Mr Googu.

2 comments:

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

When i was in the states, the elders always called young people as honey.

this is a serious problem in our country when malays think they are powerful as they have Malay Supremacy.

Even we live in islamic countries, but still the fact is, Islam is the fastest growing religion in the US. Why not in our country? now, muslims are barrier to ISlam it self. May Allah keep us away from this fitan.

Khazinatul Asrar said...

I second your opinion. Many non-Muslims think that by converting to Islam, they will become another Malay. That is totally not true.

In Ireland, one of my Indian friend lived with my senior. She said only by living with a true Muslim then she see the beauty of Islam. She even attended their circle and gives tazkirah.

Somehow talking about Islam in Ireland is much easier compared to in Malaysia. My seniors said even teaching their children about Islam is much easier in Ireland. But still our main responsibility is in our own country. May Allah guide us.