Monday 28 October 2013

L.O.V.E

Love ~
One of the greatest wonders in life.

Sometimes when we are so in 'love', we can become so consumed and lost in it that it is so hard to see which one is true and which one is false, which one is permissible or which one is forbidden. Being around someone you 'love' can make the whole world disappears, and suddenly everything is all about him (her). 
The question is, is it wrong?
No it's not, coz humans are created with desires to love and to be loved.
It will become wrong and illegal, when this love replaced the Lord of the love Himself.

When it is so hard to distinguish between real love and hawa (own vain desires), ask yourselves. 
Is being with this person that I 'love' brings me closer to Allah?
Or did he (she) had actually replaced Him in your heart?

True love makes you a better slave to Him.
Love of hawa makes you a better slave to him (her).

"Real love brings about calm - not inner torment. 
True love allows you to be at peace with yourselves and with God. 
That is why Allah says: "that you may dwell in tranquility." (30:21) 
Hawa is the opposite." 
Yasmin Mogahed.

For those whose love keeps them away from Allah, its time to break free from the prison of your own making. Yes, its hard, but Allah will never test us with something beyond our capability.

And for those who had found the real love, treasure well this blessing from Him, 
and use it well to strengthen your relationship with Allah. 
May He granted us with true love which will raise our iman, that will make us love Him even more with each passing day.
Amin ya rabb. :)

Wednesday 23 October 2013

Yakinlah..

Kalau kita nak buat benda baik, memang besar ujian Allah bagi. 
Apatah lagi kalau niat kita buat benda tu untuk tegakkan agama Allah, 
untuk kukuhkan perjuangan di jalan Allah.
Lagi la syaitan kuat menguji. 
Kenapa? 
Mana mungkin musuh Allah (syaitan) akan duduk senang 
bila ada usaha yang kerana-Nya untuk tegakkan Islam semula. 
Jadi kalau kita ditimpa ujian, yakinlah. 
Yakinlah pada Dia. 
Dia yang memberi ujian, senang saja Dia mudahkannya. 
Dia yang menguji dengan kesusahan dan kesukaran, senang saja ditarik-Nya. 
Yakinlah pada Dia. 
Dan berdoalah.

Jaga hubungan dengan Allah.
Mana mungkin hamba yang benar-benar ikhlas berdoa,
Yang dia benar mencintai Allah,
Dan Allah juga mencintainya,
Dibiarkan permintaannya begitu sahaja.

Andai tidak dikabulkan,
insyaAllah perancangan yang lebih baik telah Allah sediakan.
Yakinlah.


Friday 18 October 2013

Ibu Mithali :)

Video Kak Zue mengajar Darwisy baca Al-Quran. :)
Klik sini.
So inspiring and loving.
Ibu mithali~
I wish I can be like her.
Or may be even better. Amin.

May Allah bless you Kak Zue.
May Darwish and Ulwan be the soleh sons that will always care for you. :)
Amin.

The two soleh boys, Darwisy and Ulwan. :)

Thursday 17 October 2013

The Pearl~

Siapa kata Islam mengongkong wanita?
Siapa kata Islam haramkan hiburan?
Siapa kata Islam haramkan wanita berhibur?
Siapa kata Islam halang wanita melawa?

Islam tak pernah larang. Islam tak pernah halang. Cuma ada syarat-syarat dan kondisinya.
Bukan untuk mengongkong, apatah lagi mengharamkan.
Semuanya demi menjaga maruah wanita, dan meninggikan martabat mereka.
Semua wanita lawa, tapi kalau nak melawa biarlah pada tempatnya. :)

Ladies Night datang lagi dengan tema 'The Pearl', sebagai alternatif untuk muslimah berhibur. Alhamdulillah, everything went well and smooth. :) Congratez committees for the wonderful event! Caaaantik semua orang malam ni. ;)


Yeay! Siap pun tiga biji kek for the night. :)
Carrot Cake, Moist Chocolate Cake and Red Velvet Cake.
Alhamdulillah, they enjoyed it. :)



Got this wonderful roses from dearest sister. Jazakillah khyr dear. :)
Love it sooo much! Indeed, love is in the air!
(Dapat Ferrero Rocher jugak tapi dah lesap :P )

Kesimpulan: 
Tak salah nak berhibur, tapi biarlah kena caranya.
Tak salah nak melawa, tapi biarlah pada tempatnya.

"Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah" 
:)

Wednesday 16 October 2013

Teori vs Amali

"Ok, here's the situation. This is a man, unconscious, found by a pedestrian, collapse at the side of the road. You are a team of four. How would you manage this patient? Work it out now."

Kami saling berpandangan. Kemudian mata masing-masing terarah ke manikin di atas katil. Segala machine dan monitor semuanya di sebelah katil. Err, tak ada info lain ke? Dia ada any medical condition ke tak? Patient ni collapse involve system apa? Cardio ke? Respi ke? Atau neuro ke?

Masing-masing membatu.
Blurr!

"Come on guys! He's dying~"

Dengar perkataan 'dying' tu barulah masing-masing kalut.
Nak buat apa dulu ni? 
Cek airway? Cek breathing? Ke nak cek pulse? Blood pressure?
Segala yang pernah belajar semua berterabur dan berserabut.

Itu baru manikin. Kalau dapat patient betul, silap-silap dah innnalillah dah.
Esh, tahun depan dah nak final year. Tak competent lagi aku nih.
Teori kemain terer, bab amali kantoi.

Masa tu terfikir, segala ilmu yang dipelajari selama ni.
Macam mana amalinya? Setiap ilmu yang bermanfaat, pasti akan membawa kita lebih dekat kepada-Nya.
Adakah kita lebih mendekati Pencipta dari sebelumnya?
Dulu masa Form 1 selalu hafal pepatah Arab.
"Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah."
Tapi sekarang baru nak terasa kan. Haila sakinah.

Jom! 
There's no time to waste.
Lets become a successful competent muslim doctor! ;)

-a doctor for ummah in the making, insyaAllah-

Tuesday 15 October 2013

Kuasa Cinta

15.10.2013

Nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak? Solat raya jam 8 pagi. Kelas yang bermula awal, dengan jarak kampus yang agak jauh dari rumah membuatkan aku masih berkira-kira, bimbang kelewatan. Tapi kalau tak pergi terasa sangat rugi, memandangkan solat sunat raya hanya setahun sekali. Selepas berfikir-fikir aku tekad. Kena jugak solat raya berjemaah walau apa pun. Walaupun kekalutan di pagi raya, Alhamdulillah rasa sangat bersyukur, dapat solat berjemaah bersama dan mendengar khutbah yang sangat best. :)

Khutbah yang dibaca mengisahkan pengorbanan Ibrahim dan Ismail. Simple. Tapi kupasannya sangat menyentuh hati. Betapa beratnya ujian yang Allah berikan kepada nabi Allah Ibrahim, apabila anak yang selama ini dinanti kelahirannya, yang ditatang dengan penuh kasih sayang, diperintahkan Allah untuk disembelih. Walaupun ujian itu sungguh berat, namun Ibrahim tidak pula meminta untuk dipinda perintah itu ke dalam bentuk yang lain ataupun sekurang-kurangnya diringankan ujian itu, dan Ismail pula 'instead of' merayu supaya dilepaskan, menyuruh pula bapanya Ibrahim melaksanakan perintah Tuhan. Kuasa apa yang memberi mereka kekuatan untuk menghadapi ujian itu?

Itulah kuasa cinta.

Cinta yang mutlak kepada Allah, Sang Pencipta dan bukannya kepada keluarga dan anak pinak. MasyaAllah, terdetik dalam hati, mampukah aku?

Bercakap tentang cinta, mengapa begitu susah untuk benar-benar mencinta-Nya? Lebih susah - sungguh, jauh lebih susah daripada mencintai makhluk bernama manusia. Hingga kadang cinta kepada manusia itu melebihi cinta kepada pencipta manusia itu sendiri. Ramai antara kita yang berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya di dunia, demi menggembirakan hati-hati insan tersayang. Jika begitu bersungguh kita berusaha untuk membahagiakan manusia, apa pula usaha kita untk menggembirakan Sang Pencipta?

Memang, mencintai Allah itu susah lagi payah, kerana cinta itu terlalu mahal, dan memerlukan 'bayaran' yang mahal juga. Itulah cinta yang membuka segala cinta, menuntut seribu satu pengorbanan, demi kebahagiaan yang bukan setakat di dunia, malah insyaAllah membawa ke syurga sana.

Contohilah cinta Ibrahim dan Ismail, cinta kepada Allah, membawa kepada cinta yang lebih kukuh antara mereka. 

Ya Allah kurniakanlah aku cintaMu, 
Kurniakanlah aku cinta orang yang mencintaiMu,
Dan kurniakanlah cinta apa sahaja yang menghadirkan cintaku kepadaMu, 
kerana cintaMu lebih kudambakan daripada seteguk air.

Selamat Hari Raya Aidul Adha dari bumi Shamrock.

Taqabbalallahu minna wa minkum. :)


Thursday 10 October 2013

Cantik Luar, Cantik Dalam

Kecantikan~ 
Hati mana yang tidak cair melihat indahnya ciptaan Allah? Mana-mana hati pasti akan tertarik melihat kecantikannya. Tetapi sebaik-baik kecantikan adalah kecantikan akhlak, bukan kecantikan luarannya. Andai kecantikan luaran yang menjadi kayu ukurnya, mana mungkin bahagia menjengah si cacat dan si buta. Andai rupa paras yang menjadi penawar segala, mana mungkin artis cantik bercerai muda.

Tapi hairan. Tak ramai yang nampak hakikat kecantikan itu. Bila rupa cantik, semuanya nampak baik.
"Memanglah dia begitu dan begini. Tapi dia cantik."

Sayang. 
Seribu kali sayang.

"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung."
(Riwayat Bukhari, no 5090, dan Muslim, no 1466)


Kepada kaum Adam,
Pilihlah sebaik-baiknya,
Bukalah mata hatimu seluas-luasnya,
Pilih bukan untuk kebahagiaan dunia semata,
Panjangkan cinta hingga ke syurga sana.

Kepada kaum Hawa,
Kecantikan bukan aset utama, 
Jadilah wanita bertaqwa,
Berakhlak mulia,
Penyejuk mata,
Penenang jiwa.
Itulah sebaik-baik wanita hiasan dunia.


Tuesday 8 October 2013

Rebutlah..

Kadang tanpa sedar, kita menjauh. Menjauh dan menjauh dari Dia. Masa menjauh tu lah, Allah uji. Perkara yang Allah larang, mula jadi samar-samar larangannya. Kita mula mencari dan memberi alasan, supaya tindakan dapat dirasionalkan.

Alah, benda kecik je pun. Pakai baju kecik sikit je, bukan ketat.
Alah, kitorang makan berdua pun, still ramai lagi kat sekeliling. Bukan kitorang je dalam kedai tu.

Macam-macam alasan.
Kadang hati yang masih memegang iman setipis kulit bawang itu memberi amaran. Rasa tak kena dan tak selesa. Pernah rasa? Tapi lawannya pantas menafikan. Itu hanya perasaan.

Tapi Alhamdulillah, Allah bagi lagi peluang. Rasa menyesal dan nak berubah itu datang Tapi tak ramai yang ambil kesempatan. Masih berkira-kira untuk meninggalkan takuk lama. Memang. Perubahan itu sesuatu yang payah, dan kadang menyakitkan. Tapi jangan sesekali disia-siakan hidayah yang datang, bimbang itu kali terakhir ia bertandang.


Alhamdulillah, selepas 10 hari mulia di bulan Ramadhan, Allah hadiahkan lagi 10 hari mulia di bulan Zulhijjah. Antara hari-hari terbaik sepanjang tahun. 

Rasulullah bersabda, "Tidaklah ada hari-hari untuk beramal soleh di dalamnya yang lebih dicintai Allah melainkan hari-hari ini (sepuluh hari awal dalam Zulhijjah). 
Para Sahabat kemudian bertanya, Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah?"
"Walau jihad di jalan Allah sekalipun, melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya dan hartanya, tidaklah dia kembali walau dengan satu apa pun dari (kedua-duanya) itu." 
[HR Bukhari 969]

Betapa besarnya kasih sayang Allah kepada hamba-hamba Nya, sentiasa Dia menyediakan peluang dan ruang untuk kita kembali kepada Nya.
Rebutlah. Rebutlah peluang ini untuk kembali dekat kepada-Nya.
Semoga hati-hati kita sentiasa diberi petunjuk dalam kembara mencari cinta-Nya. Amin.