Tuesday, 8 October 2013

Rebutlah..

Kadang tanpa sedar, kita menjauh. Menjauh dan menjauh dari Dia. Masa menjauh tu lah, Allah uji. Perkara yang Allah larang, mula jadi samar-samar larangannya. Kita mula mencari dan memberi alasan, supaya tindakan dapat dirasionalkan.

Alah, benda kecik je pun. Pakai baju kecik sikit je, bukan ketat.
Alah, kitorang makan berdua pun, still ramai lagi kat sekeliling. Bukan kitorang je dalam kedai tu.

Macam-macam alasan.
Kadang hati yang masih memegang iman setipis kulit bawang itu memberi amaran. Rasa tak kena dan tak selesa. Pernah rasa? Tapi lawannya pantas menafikan. Itu hanya perasaan.

Tapi Alhamdulillah, Allah bagi lagi peluang. Rasa menyesal dan nak berubah itu datang Tapi tak ramai yang ambil kesempatan. Masih berkira-kira untuk meninggalkan takuk lama. Memang. Perubahan itu sesuatu yang payah, dan kadang menyakitkan. Tapi jangan sesekali disia-siakan hidayah yang datang, bimbang itu kali terakhir ia bertandang.


Alhamdulillah, selepas 10 hari mulia di bulan Ramadhan, Allah hadiahkan lagi 10 hari mulia di bulan Zulhijjah. Antara hari-hari terbaik sepanjang tahun. 

Rasulullah bersabda, "Tidaklah ada hari-hari untuk beramal soleh di dalamnya yang lebih dicintai Allah melainkan hari-hari ini (sepuluh hari awal dalam Zulhijjah). 
Para Sahabat kemudian bertanya, Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah?"
"Walau jihad di jalan Allah sekalipun, melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya dan hartanya, tidaklah dia kembali walau dengan satu apa pun dari (kedua-duanya) itu." 
[HR Bukhari 969]

Betapa besarnya kasih sayang Allah kepada hamba-hamba Nya, sentiasa Dia menyediakan peluang dan ruang untuk kita kembali kepada Nya.
Rebutlah. Rebutlah peluang ini untuk kembali dekat kepada-Nya.
Semoga hati-hati kita sentiasa diberi petunjuk dalam kembara mencari cinta-Nya. Amin.


No comments: