Wednesday 12 February 2014

Prihatin

Pagi itu, semua rumah di sekitar Wilton Court menerima satu surat bertulisan tangan. Surat yang cukup mengharukan.


Isi kandungannya jelas menggambarkan keprihatinan seorang jiran kepada jiran tetangganya yang lain. Walaupun kami berlainan bangsa dan agama, malah juga berlainan kewarganegaraan, namun itu semua tidak menghalangnya daripada melakukan perkara yang dirasakan perlu untuk kepentingan jiran tetangga yang lain. MasyaAllah, mulia sungguh hati jiran yang seorang ini. :')

Masih ku ingat, satu lagi insiden yang cukup mengharukan. Petang itu, angin bertiup kencang dan hujan turun dengan begitu lebat sekali. Tidak seperti musim sejuk di tempat lain yang dilitupi dengan salji yang memutih, musim sejuk di Ireland selalunya disambut dengan hujan lebat yang sejuknya ibarat air ais dan angin yang kencang. Selepas menyertai demonstrasi 'Free Palestine' di 'town', kami berlari mengejar bas 208 untuk pulang ke rumah. Duit yang aku ada cukup-cukup untuk membayar tambang bas. Selepas menyerahkannya kepada pemandu, baru ku sedari rakan di sebelah tidak punya wang yang cukup untuk membayar tambang. 

"Sir, I'm sorry. I think I'm not going to take the bus. My friend here, she doesn't have enough money to pay. So I think I'm gonna walk home with her."
"In weather like this?! No way. Come in both of you. Just pay for one. I'm gonna close my eyes on this."

Die tersenyum sambil mengenyitkan mata. Tambang bas seorang untuk dua kepala. Alhamdulillah. :)

Dua insiden yang berbeza tetapi cukup menggambarkan keprihatinan mereka. Mereka bukan hanya berfikir untuk orang lain, tetapi juga bertindak untuk kepentingan orang lain, bukan kepentingan diri semata. 
Hmm, bagaimana dengan masyarakat kita? Bukankah itu yang Islam ajarkan kepada umatnya?

I couldn't help to think that sometimes our morale of thinking are way behind than what Islam had thought us.
It's time to change.