Friday 30 August 2013

Peribadi Muslim

Sedikit perkongsian daripada rakan yang menghadiri kuliah pengajian hadith.
Moga bermanfaat. :)

Perkongsian Kuliah Pengajian Hadis oleh
Syeikh zainul asri (Paklong)

Peribadi Muslim.

Hadith: Rasulullah ditanya siapakah muslim yg plg baik. Rasulullah menjawab iaitu siapa yg sejahtera org islam lain(berasa aman) drpd kejahatan lidahnya dan tangannya. (Hadith 83, Kitab Bahrul Mazi)

Hadis: Org Islam yg beriman itu umpama 2 tgn yg saling suci menyucikan - org Islam saling melengkapi.

Hadis: yg byk memasukkan manusia ke dlm neraka itu 2 lubang: mulut & kemaluan. (HR Bukhari)

PakLong ada ceritakan kisah pengakhiran hidup seorang syeikh di Kedah yg diceritakan oleh anak syeikh tersebut. Ketika sedang nazak, syeikh menunjuk-nunjuk kpd anaknya dan memberitahu yg dia ternampak buah epal, durian yg sedap di atasnya. Anaknya berasa pelik dan beritahu yg itu hanyalah siling rumah dan tiada sebarang pohon pn. Anaknya terus memeluk kuat ayahnya krn sedar yg ayahnya akan tinggalkannya x lama lg. Apa yg dpt dilihat oleh syeikh adalah gambaran tmpt tinggalnya nnt iaitu syurga. Apabila paklong bertanya apa amalan yg arwah selalu lakukan, si anak menjawab yg dia susah nk marahkan org. Sekali je dia pernah marah dan ucapannya bila marah, 'Subhanallah'.

Hebat amalan para penghuni syurga..subhanallah..

Doa yg Paklong sarankan utk kita beramal: Ya Allah, bagilah kami kehidupan seperti para ulama.

Hadis: Rasulullah berpesan dalam memilih kwn, pilih yg ada 3 sifat :
1)bila bercakap dengannya, ilmu kita bertambah.
2)Bila melihat wajahnya, kita teringatkan Allah.
3)bila melihat tingkahlakunya, kita teringat kehidupan di akhirat.

Hadith: Pilih jiran sblm rumah.
Barangsiapa yg memiliki 4 perkara, dia mendapat kebahagiaan dunia akhirat
1. Isteri yg solehah
2. Anak2 yg baik
3. Jiran yg baik
4. Sesiapa yg rezekinya dlm negerinya sendiri.
Kata ulama: sesiapa yg dpt 4 perkara ni, dia hampir masuk syurga.

Bersabar terhdp jiran- x menceritakan keburukan org.
Imam syafie terkenal dgn sifat kesabarannya. PakLong menceritakan 2 kisah kehebatan sifat sabar Imam Syafie:

1. Pada suatu hari, seorang lelaki Yahudi yg merupakan jiran di atas rumah Imam Syafie dtg menziarahinya. Ketika imam syafie sdg menyiapkan air utk jirannya, lelaki tersebut menyedari air yg menitis dari siling, iaitu kebocoran dari rumahnya. Dia memaklumkan kpd imam syafie dan bertanya sudah berapa lama air itu menitis. Imam syafie memberitahu bahawa air itu menitis selama 4 tahun. Melihat kesabaran imam syafie sbg jiran, lelaki tersebut terus memeluk agama Islam.

2. Pada suatu hari, seorang tukang jahit ingin menguji kesabaran imam syafie. Dia sengaja mengecilkan saiz lengan baju di bhg sebelah, dan membesarkan saiz lengan baju di sebelah yg lain. Apabila imam syafie melihat dan mencuba baju tersebut, dia hanya berdiam diri. Sebelum imam syafie pulang, tukang jahit tersebut bertanya kenapa imam tidak marah terhadap baju yg tidak sempurna itu. Imam syafie menjawab yg dia tidak perlu berasa marah. Baginya, lengan baju yg kecil itu mungkin akan menyukarkannya utk mengambil wudhu tp dia akan beroleh pahala yg lebih kerana perlu berusaha utk ambil wudhu. Lengan baju yg besar pula dpt dia gunakan utk menyimpan sedikit kitab dlm lengan baju tersebut.

Subhanallah hebatnya akhlak para ulama'. Mereka x cepat marah2/melenting dan sentiasa redha. Moga Allah berikan kekuatan kpd kita utk mengikut jejak mereka.

Berlemah lembut:-
Lemah lembut: mampu menyembunyikan kemarahan, marah secara berlapik.
Kata-kata ulama- Org lemah
lembut ada 2: kata-kata dan perbuatan.
Berlemah lembut selama mana tak menghilangkan hak Allah (cthnya x marah bila anak x solat)

Dlm mendidik anak, Islam lebih suka kita memakai rotan. Rotan lebih baik drpd tangan. Anak akan semakin degil jika menghukum guna tgn. Simpan rotan di rumah. Bagi amaran dulu, kalau x solat jugak, baru rotan.

Moga Allah bimbing kita menjadi Muslim yg lebih baik, insyaAllah.

P.s: Salam jumaat. Jgn lupa baca AlKahfi :)

Thursday 29 August 2013

The Sacred Conversation

I still remember. Everything was in chaos and my life turned upside down. Felt consumed and exhausted with the external environment, I bent my knees and pleaded to Him. I knew I was nothing, yet to Him I turned because He's the only one who opens the door of hope when I had nothing to offer. 

I still remember that night, still fresh in my mind as if it happened yesterday. It was a night full of blessing and I was so lost in His love. Alhamdulillah, slowly serenity and tranquility started to occupy little spaces in my heart. There's no more sadness or madness, pain or sorrow. Everything was washed away, replaced by contentment and peace.

Yes, He answered my prayers, in a way that was so beautiful and meaningful. Alhamdulillah, for I started to see the colourful rainbow of the rainy day. :')

A wise man once said, "There will come one day, when you would give up everything that you are after, just to have this sacred conversation with Him."
And I'm praying may everyday in my life, would be that day.

Tuesday 27 August 2013

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Ya Allah, terlalu banyak nikmat-Mu ya Allah.
Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Mendengar akan rintihan hamba-hamba Nya.

Allah, terkenang dosa-dosa lalu. T_T
Betapa besarnya rahmat Allah Taala.
Walaupun diri hamba yang kerdil ni selaluuu saja lalai dan alpa,
Tapi kasih sayang Allah melebihi segala-galanya.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah,
Wa nastaghfirullah..
Ya Allah, jadikanlah kami antara hamba-hamba Mu yang bersyukur.


Monday 26 August 2013

Aran Island, Galway

Galway~ 

One of the most beautiful county in Ireland. Maybe because Galway is considered near, I always postponed my trip there and went to other places instead (Paris, Sweden, UK, etc). 

"Alah, Galway bila-bila pun boleh pegi. Dekat je kan." Huhu..

Last-last, dah masuk third year in Ireland, barulah pertama kali dapat jejak kaki ke sana. Tapi itu pun cuma melawat kawan-kawan, tak berjalan pun. Alhamdulillah, this time around, Allah gave me the opportunity to tour around beautiful Galway with some beloved friends. 


Our first destination is Aran Island! :D 

Since the island is quite big, we chose to ride bicycle. Boleh naik kereta kuda atau tour dengan bas, tapi disebabkan ramai yang kempunan nak berbasikal, so basikal it is! :) After renting eight beautiful bicycles, we headed our way to our first destination. Dengan peta kemas di tangan, kami berbasikal penuh semangat. We arrived at one beautiful place, with blue sky and the sea water as clear as crystal. Amazing view indeed! Subhanallah. :)


The crystal clear water.

Tenang dan damai. Indah sangat pemandangan. 
Kalau ciptaan Allah sudah seindah ini, lagi lagi lagi lah indah penciptanya. :)

Subhanallah! :)

After spending more than an hour admiring the magnificent view and taking pictures of course, then only we found out that the place was not even our first destination! -_- We kinda took the wrong direction (even with the map in hand). But alhamdulillah, Allah grant us with this beautiful sight. :)

Dipendekkan cerita, kami sampai ke destinasi pertama, 'Seal Colony' which is a seal watching site. The seals are there, sun bathing, enjoying the bright sunny sun.

Jalan yang berbukit memang menguji fizikal. Puas dah tukar gear ke sana ke mari, dengan harapan senang la sikit nak kayuh di jalan berbukit. Kantoi tak fit, especially baru balik dari Malaysia. Sluggish and lazy.

But Alhamdulillah, everyone made it. Tarbiyah badaniyah ticked! :D
Thank you Allah for this opportunity. :)

Love is in the air! :)




Sunday 25 August 2013

Greatest Gift

Mixed feelings..
Alhamdulillah, despite all my wrongdoings to Him,
He still granted me the best gift in life,
His love~

Alhamdulilah.
Thank you Allah.
Thank you Allah..
Thank you Allah...

O Allah, 
Please, please, please...
Guide us through..

And drive us closer and closer and closer and clooseer to You.
And grant us your jannah.

Amin ya rabb. :')


Thursday 22 August 2013

Dosa & Kehidupan

Pernah terfikir?
Kenapa susah sangat kita nak bangun malam?
Kenapa susah kita nak taat pada ibu bapa, sedang kita tahu redha Allah datangnya dengan redha mereka?
Kenapa cepat sangat kita kembali kepada maksiat meskipun pernah bersungguh bertaubat dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi?

Pernah tertanya-tanya,
Kenapa selalu benar kita melengahkan solat, biar kita tahu solat itu perkara pertama dalam hisab?
Kenapa susah sangat nak mengingati dan menimba ilmu?
Kenapa pula hati sering resah, sering pula kita tercari-cari sesuatu untuk menenangkannya.

Kukuh dirantai dosa.
Membelengu dan merantai jiwa.
Membutakan mata hati, memadamkan cahaya, 
Menjadi hijab kepada jalan-jalan ilmu, 
juga jalan-jalan hidayah.

Kembalilah kepada asal, jiwa bisa bahagia.
Kembalilah kepada Allah, dengan itu hati menjadi tenang.
-Ustaz Hasrizal-

"... tiap-tiap dosa, mesti ada kesan. 
Umpama orang yang makan barang beracun. 
Racun sedikit, maka kesannya sedikit. Racun banyak, maka kesannya banyak."
-Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat-


Alhamdulillah, jumpa buku baru masa melawat Kak Zue di Ennis. 
Nasib baik Kak Zu pinjamkan. :)

Wednesday 21 August 2013

Ujian dan Hikmah

Sebenarnya dalam hidup kita tiada satu pun perkara yang negatif.

Kenapa?

Kerana setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmah dan pengajarannya yang nak Allah ajarkan pada kita.
Cuma kadang-kadang yang menjadi ujian besar buat manusia, adalah untuk terus meyakini bahawa 'every cloud has its silver lining', bila mana hikmah yang ditunggu-tunggu masih kelabu di mata.


Sebab itulah kena terus berhusnudzhon dengan Allah.
Parcayalah, cepat atau lambat pasti Allah akan tunjukkan.
God works in mysterious ways. :)

Tuesday 20 August 2013

Soon, insyaAllah.. :)

Alhamdulillah, ada tempat kosong dalam pakej murah (tak ingat apa nama pakej tu) untuk ayah dan ummi menunaikan haji bersama dalam masa terdekat. :)
Haih, bilalah pula tiba masaku.
Terasa ingin benar menatap Baitullah. 
Alang-alang Ayah Yie masih bekerja di sana.
Boleh juga menjelajah bumi itu.


"Bila Inah nak gi tempat Ayah Yie?"
"Teeheee.. Pitih takdop agi. Kekgi cukup pitih baru buleh gi"
"Bakpo takdop pitihnyo? Buke buleh banyok sano? Beli tiket flight jah. Buat visa nok gi umrah. Hok lain kiro atah Ayoh Yie."

*bunga-bunga ceria kembang mewangi di taman hati*

Been waiting for the right time.
Soon insyaAllah, soon.. :)

Sunday 18 August 2013

Missing Home :(

Hari ni dah masuk hari ke lapan aku menjejak kaki ke bumi Ireland. 
Dah start rindu family.. :( (Haih, dah tiga tahun pun still homesick)
Since I'm using extra-'smart' phone, susah la sikit nak contact dengan family. 
Usually call pakai voip buster je. Murah dan jimat.

Sebelum ni, Dnur bising dengan suara-suara junior kesayangan.
Macam-macam kerenah. :)
Alhamdulillah, I'm grateful they are here.
Sekarang diorang ke Ennis, beraya rumah Kak Zue.
So now its just me, Athirah and Zay.
And we'll be heading there too, soon insyaAllah. :)

Dulu Ummi selalu pesan, whenever you miss someone, pray for them. 
Hadiahkan Al-Fatihah pada diorang. 
That's the best gift you can give to someone you love. 
May they benefit from your du'a and prayers for them.

#memorylane#


Luckily I got collections of photos with my love ones.
Used to stare at these old pictures whenever I miss home, remembering the sweet moments.
Terasa tempias kasih sayang-Nya melalui curahan kasih sayang insan sekeliling.
Alhamdulillah, Thank you Allah. :')

Tomorrow is the day.
Rabbi yassir wala tuassir.
*senyum*

Thursday 15 August 2013

The Family I Never Had :)

This year was quite a challenging year for us. Not only because of the rough tough study thingy, but also having difficult time to face the fact that those priceless valuable people around us are going to leave us soon. Our dearest seniors, those who are always there to listen, to share the cry and laughter together, spending quality time at the dining table, well, they are in their last year already, soon to be leaving us here. Those juniors in twinning programme, they are leaving us too, earlier than our seniors.

We all had prepared ourselves for the moment, to fully wisely use the time left with them, and together create beautiful memorable memories together, and to strengthen the bond that we build together. Ukhuwah fillah, to really feel the meaning, deep down inside. I admit its hard to be the one sending off people you love rather than being the one that are leaving. Well, experienced it already when sending Wani home for good.

Then, everything change. A few weeks before, we got a wonderful surprise from UCC. Those juniors in twinning are going to change into a full-course programme here. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah! No words can describe our feeling at that time! (Feels like crying actually)

With those girls at the beach.
-PPMC Family Day 2013-

Alhamdulillah, feels good the be around those warm hands and hearts again, for a few years more. His plans are perfect. He took them a while and give them back, so that we could treasure them and the moment better. Alhamdulillah, blessing in disguise indeed. :)

Thank you Allah for this gift. Couldn't ask for more. :')

Girls, i love you so much, really miss you guys rite now. Till jannah ya? ^^


Friday 2 August 2013

Atas Nama Cinta

"Awak bila nak cari calonnya?" 
Kak Nani (bukan nama sebenar), seorang kakak yang sangat dia hormati bertanya. Dia isteri kepada duta kerajaan Malaysia di Kota Baghdad. Kak Nani dan suaminya, Abang Roslan memang rapat dengan pelajar, sampai hal-hal peribadi sebegini pun mereka tahu.

"Ntah la kak. Sape la nak kat saya ni." 
Acuh tak acuh saja jawapannya. Bukan tak ada calon. Pelajar perempuan sekuliahnya juga ramai tapi tiada seorang pun yang berkenan di hati. Belajar bidang perubatan di perantauan bukan sesuatu yang mudah. Banyak lagi perkara yang perlu dia fokuskan selain hal yang satu ini. Banyak harapan digalas. Banyak pula tanggungjawab yang dipikul. Terbayang muka Mak dan Ayah di kampung.

"Akak carikkan la."
Lancar saja ucapan itu keluar dari mulutnya. Kak Nani tersenyum.

Beberapa hari kemudian, seperti yang telah dijanjikan, mereka bertemu semula di rumah Kak Nani dan Abang Roslan. Di hadapannya, dibentangkan gambar beberapa orang muslimat, yang semuanya punya potensi yang sama untuk menjadi suri hidupnya. 

Berdebar.
"Ya Allah, permudahkanlah urusan kami." Dia berdoa.

Dengan membaca bismillah, dia mengambil gambar yang pertama. Dan diambil pula gambar seterusnya, dan seterusnya. Sampai giliran gambar yang terakhir, Abang Roslan memberikan sekeping gambar passport, gambar seorang gadis sunti. Sekali tatap sahaja sudah cukup menenangkan hatinya. Selepas mengambil masa sejenak, dia membuat keputusan.

"InsyaAllah bang. Saya nak melamar gadis ini."
"Abang dah agak dah. Mesti kau suka dia punya. Sebab tu abang letak gambar dia last sekali. Ini anak saudara Kak Nani."

Alhamdulillah, tak sangka itu anak saudara Kak Nani. Dia memanjatkan doa, mudah-mudahan lancarlah semuanya.

Masa berlalu. Cuti summer sudah tiba. Alhamdulillah, Ayah dan Mak dah bagi green light padanya untuk melamar si gadis. Kali ini dia tidak akan terus pulang ke Penang. Destinasi pertamanya adalah Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang, negeri kelahiran gadis itu.

Walaupun hanya bertemankan seorang rakan, dia tekad, hasrat hatinya ini harus diteruskan. Kedatangannya ke rumah si gadis disambut mesra. Alhamdulillah, segala perbincangan dengan pihak wali berjalan lancar. Dia dipertemukan buat kali pertama dengan si gadis. Dengan muka yang penuh dengan tompokan bedak sejuk, si gadis tampil di hadapannya. Dia tahu hati gadis itu belum lagi dimenangi. Dia berlagak tenang sahaja walaupun jiwanya ribut dan taufan sedang menggila.

* * * * * * * * * *

Berita perihal lamaran pemuda itu sampai ke telinganya.
"Mana mungkin aku dapat duduk sebilik dengan lelaki asing yang tidak pernah ku kenali." Hatinya berbisik tidak senang. 

Segala taktiknya untuk melunturkan hasrat lelaki itu tidak berjaya. Nampak gaya Abah dan Ma pun dah suka benar lelaki ini. Dia gelisah.

Malam itu dia bersujud panjang pada Tuhannya, mohon diberikan petunjuk.

"Ya Allah, jika benar lelaki ini lelaki terbaik pilihan-Mu, yang dapat menjagaku dari awal sehingga ke akhirnya, jika lelaki ini lelaki terbaik untuk dunia dan akhiratku, jika lelaki ini lelaki terbaik untuk pemilihan syurga dan neraka, maka kau lembutkanlah hatiku, dan tenangkanlah hatiku dengan pilihan-Mu." 

Hatinya merintih. Entah kenapa hiba sangat rasanya. Malam itu, terasa dekat benar dia dengan Sang Pencipta. Serentak dengan itu, hatinya menjadi tenang dan lembut, bersama gugurnya mutiara-mutiara kaca dari matanya.

* * * * * * * * * *


Alhamdulillah, hatinya gembira bukan kepalang. Pantas, syukur itu ditujukan kepada yang lebih berhak, Allah Azza Wajalla. Si gadis akhirnya bersetuju menerima pinangannya. Beberapa lama kemudian, majlis perkahwinan mereka berlangsung secara sederhana. 

Cuti summer sudah berakhir. Bersama 'teman baru'nya, dia akan kembali ke Baghdad, menghabiskan pengajian yang lagi dua tahun berbaki. Sebelum mereka bertolak, dia menyerahkan sepucuk surat kepada Abah dan Mak, sepucuk surat kepada ibu dan ayah mertuanya, sepucuk surat lagi diserahkan kepada Kak Nani dan Abang Roslan. Hanya surat tulisan tangan itu yang mampu dia serahkan buat menyatakan betapa bersyukur dan berterima kasihnya dia atas restu mereka dengan perkahwinan itu. Dia berazam, gadis itu akan dijaga sebaiknya, kerana dia kini amanah Allah kepadanya.


Alhamdulillah, mereka kini bahagia, dibahagiakan pula dengan kurniaan Allah, 6 orang cahaya mata. Dan cerita cinta mereka diceritakan pula kepada aku dan adik-adik, permata hati mereka.


Ya, kisah Ummi dan Ayah.
Kisah tentang restu ibu bapa,
Kisah tentang kebergantungan kepada Allah,
Kisah mencari cinta syurga dunia, dalam mengejar cinta Allah dan syuga-Nya.