Friday, 30 August 2013

Peribadi Muslim

Sedikit perkongsian daripada rakan yang menghadiri kuliah pengajian hadith.
Moga bermanfaat. :)

Perkongsian Kuliah Pengajian Hadis oleh
Syeikh zainul asri (Paklong)

Peribadi Muslim.

Hadith: Rasulullah ditanya siapakah muslim yg plg baik. Rasulullah menjawab iaitu siapa yg sejahtera org islam lain(berasa aman) drpd kejahatan lidahnya dan tangannya. (Hadith 83, Kitab Bahrul Mazi)

Hadis: Org Islam yg beriman itu umpama 2 tgn yg saling suci menyucikan - org Islam saling melengkapi.

Hadis: yg byk memasukkan manusia ke dlm neraka itu 2 lubang: mulut & kemaluan. (HR Bukhari)

PakLong ada ceritakan kisah pengakhiran hidup seorang syeikh di Kedah yg diceritakan oleh anak syeikh tersebut. Ketika sedang nazak, syeikh menunjuk-nunjuk kpd anaknya dan memberitahu yg dia ternampak buah epal, durian yg sedap di atasnya. Anaknya berasa pelik dan beritahu yg itu hanyalah siling rumah dan tiada sebarang pohon pn. Anaknya terus memeluk kuat ayahnya krn sedar yg ayahnya akan tinggalkannya x lama lg. Apa yg dpt dilihat oleh syeikh adalah gambaran tmpt tinggalnya nnt iaitu syurga. Apabila paklong bertanya apa amalan yg arwah selalu lakukan, si anak menjawab yg dia susah nk marahkan org. Sekali je dia pernah marah dan ucapannya bila marah, 'Subhanallah'.

Hebat amalan para penghuni syurga..subhanallah..

Doa yg Paklong sarankan utk kita beramal: Ya Allah, bagilah kami kehidupan seperti para ulama.

Hadis: Rasulullah berpesan dalam memilih kwn, pilih yg ada 3 sifat :
1)bila bercakap dengannya, ilmu kita bertambah.
2)Bila melihat wajahnya, kita teringatkan Allah.
3)bila melihat tingkahlakunya, kita teringat kehidupan di akhirat.

Hadith: Pilih jiran sblm rumah.
Barangsiapa yg memiliki 4 perkara, dia mendapat kebahagiaan dunia akhirat
1. Isteri yg solehah
2. Anak2 yg baik
3. Jiran yg baik
4. Sesiapa yg rezekinya dlm negerinya sendiri.
Kata ulama: sesiapa yg dpt 4 perkara ni, dia hampir masuk syurga.

Bersabar terhdp jiran- x menceritakan keburukan org.
Imam syafie terkenal dgn sifat kesabarannya. PakLong menceritakan 2 kisah kehebatan sifat sabar Imam Syafie:

1. Pada suatu hari, seorang lelaki Yahudi yg merupakan jiran di atas rumah Imam Syafie dtg menziarahinya. Ketika imam syafie sdg menyiapkan air utk jirannya, lelaki tersebut menyedari air yg menitis dari siling, iaitu kebocoran dari rumahnya. Dia memaklumkan kpd imam syafie dan bertanya sudah berapa lama air itu menitis. Imam syafie memberitahu bahawa air itu menitis selama 4 tahun. Melihat kesabaran imam syafie sbg jiran, lelaki tersebut terus memeluk agama Islam.

2. Pada suatu hari, seorang tukang jahit ingin menguji kesabaran imam syafie. Dia sengaja mengecilkan saiz lengan baju di bhg sebelah, dan membesarkan saiz lengan baju di sebelah yg lain. Apabila imam syafie melihat dan mencuba baju tersebut, dia hanya berdiam diri. Sebelum imam syafie pulang, tukang jahit tersebut bertanya kenapa imam tidak marah terhadap baju yg tidak sempurna itu. Imam syafie menjawab yg dia tidak perlu berasa marah. Baginya, lengan baju yg kecil itu mungkin akan menyukarkannya utk mengambil wudhu tp dia akan beroleh pahala yg lebih kerana perlu berusaha utk ambil wudhu. Lengan baju yg besar pula dpt dia gunakan utk menyimpan sedikit kitab dlm lengan baju tersebut.

Subhanallah hebatnya akhlak para ulama'. Mereka x cepat marah2/melenting dan sentiasa redha. Moga Allah berikan kekuatan kpd kita utk mengikut jejak mereka.

Berlemah lembut:-
Lemah lembut: mampu menyembunyikan kemarahan, marah secara berlapik.
Kata-kata ulama- Org lemah
lembut ada 2: kata-kata dan perbuatan.
Berlemah lembut selama mana tak menghilangkan hak Allah (cthnya x marah bila anak x solat)

Dlm mendidik anak, Islam lebih suka kita memakai rotan. Rotan lebih baik drpd tangan. Anak akan semakin degil jika menghukum guna tgn. Simpan rotan di rumah. Bagi amaran dulu, kalau x solat jugak, baru rotan.

Moga Allah bimbing kita menjadi Muslim yg lebih baik, insyaAllah.

P.s: Salam jumaat. Jgn lupa baca AlKahfi :)

No comments: