Friday, 13 September 2013

First Oncall :)

Alhamdulillah, semalam diberi peluang untuk oncall dengan Kak Aimi yang bekerja di Cork University Maternity Hospital (CUMH). Nasib baiklah ada Kak Aimi, bolehlah nak menumpang, merasa macam mana oncall sebenarnya. Bermula jam 5 petang, aku pun melapor diri. Baru saja masuk dah ada C-section operation. Memang rasa super excited. Al maklumlah, pertama kali nak tengok live. :) Walaupun C-section tidaklah sesakit natural birth (sebab dibius from spinal below), tapi prosesnya sangat menakutkan. Tak terbayang macam mana kalau perut sendiri dikoyak sebegitu.

Selepas hampir setengah jam..
"Waaaa! Waaaaa!"
Tangisan si tetamu istimewa meriuhkan suasana.

Punya excited dengan baby, terus tak peduli apa jadi dengan si ibu.

"Since we don't have enough people here, could you please help me with this little one?" midwife yang bertugas bertanya.
"Yeah sure, I don't mind."

Memandangkan tidak ramai yang bertugas pada malam itu, aku turut diberi tugas sebagai part of the team - membersih dan memakaikan baju baby, and to keep them warm. :)
Alhamdulillah, pengalaman dengan Afifi banyak membantu. :)

Waktu oncall, berkejaran dari ward ke ward, pergi pula ke ER (emergency room) dan berlari pula ke OT (operation theater) apabila dipanggil adalah perkara biasa. Memang penat. Lebih kurang pukul 1.30 pagi, aku dan Kak Aimi, dua-dua dah tersengguk-sengguk. Kepenatan berlarian sejak jam 5 petang.

"So you want to do Obs (O&G)?" Dr Hala memandang aku serius.
"Please don't. I hope someone had told me so when I was younger."

Aku hanya tersenyum.

Bekerja seawal jam 7.30 pagi dan pulang pada jam 9 malam setiap hari bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ditambah pula kalau berlaku complicated cases yang memerlukan doktor bertugas untuk berada lebih lama di hospital.

Walaupun kepenatan, tetapi satisfaction bekerja dalam department ini sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Seing happy faces with hopes and joy, witnessing the first heart beat of a fetus in  his mother's womb, sharing the joy of a couple seeing their first child in the scan, witnessing the baby kicking while performing the ultrasound - all this are wonderful moments, moments that are not to be forgotten. Paling comel bile tengok first-time-dad yang kekok memangku their first baby girl. :)

It was very tiring indeed, but very very wonderful experience too. Love is always in the air. :)

*****

"Ayah, tadi kakak oncall kat O&G. Best! Tengok baby baru lahir. Hehe."
"Bagus la tu. Seronok kan oncall?"
"Seronok! Thank you ayah! :)"
"Pasaipa?"
"For being my dad." :)

ps: Mesti ayah kekok jugak masa first time holding me. :)

2 comments:

Mohamad Nazrul Fazli said...

Then, i would like to advise you not to proceed with ObGyn..:)

Unknown said...

O&G is interesting, really.. But not for future career I guess.. Well, we'll see.. :)