Monday, 23 September 2013

Kita serupa..

Aku sedang menunggu di lampu isyarat untuk ke hospital apabila seorang lelaki tua berkerusi roda menghampiri. Kami saling berpandangan dan bertukar senyuman. Lelaki tua itu lantas melemparkan pandangannya pada kereta-kereta yang tidak putus-putus. Dalam sembunyi, aku terus memerhati. Kelihatan kakinya yang sudah 'muscle wasted', kecil dan kurus, besar kemungkinan kerana jarang digunakan seperti kaki manusia-manusia normal yang lain. 

"Kesian." 

Hatiku pantas melahirkan simpati. Fikiranku mencongak-congak sendiri differential diagnosis. Biasalah medic student. Semua benda yang nampak 'pathological', semua nak didiagnosenya. :) 

Lampu pejalan kaki bertukar dari merah ke hijau. Hasratku mempercepatkan langkah dimatikan, bimbang kalau-kalau pakcik tadi memerlukan bantuan. Nak offer takut rasa offended (some of them do feel offended). Alhamdulillah, he crossed the road easily. Dah biasa barangkali. Seorang makcik berjalan di sebelahku. Kami menanti lampu pejalan kaki kedua pula untuk hijau. Pakcik tadi setia di sisi. 

"Don't worry, we will keep you safe to the other side." 
Makcik itu berkata seraya mengenyitkan mata kepadaku. Aku mengangguk-angguk sambil memandang pakcik itu.

"Thanks, don't worry. I'm used to do everything myself.  I'll be grand."

Kami melintas bersama-sama. Selepas mengucapkan selamat tinggal, aku berlari anak menuju ke Cork University Maternity Hospital (CUMH). Dari kejauhan, kelihatan pakcik itu bersusah payah menolak tayar kerusi rodanya ke pintu masuk utama CUH. Suka tengok orang-orang kat sini. Yang kurang upaya dibantu. Dan yang berupaya pun tak lokek untuk membantu. Lain situasi di Malaysia.

Masa mula-mula datang sini, I used to wonder, why there are so many handicapped people around? Kat Malaysia macam tak ada pun. Susah nak nampak. Paling menakjubkan, they do all the laundry, shopping groceries and even cooking themselves. And the transportations are user friendly too. Kalau ada pakcik makcik berkerusi roda nak naik bas, pemandu bas akan turun untuk tolong. Same goes if there's any lady with kids and a stroller.

"Kat Malaysia susah. Makcik aku sorang handicapped. Tapi susah nak keluar rumah. Transportation satu hal. Takut menyusahkan orang satu hal. Pandangan orang satu hal, suka tengok macam dia alien. Memang lah dia tanak keluar dah." My friend responded.

I guess maybe Malaysia is not user friendly enough.
Or maybe the taboo of being handicapped is just too much to bear.
What ever the reason is, we must always treat them properly. With or without the wheel chair, we are all the same.


2 comments:

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

Thumbs up.keep the good values and attitudes within yourself. When you are in the job market, knowledge and skills contribute about 20%. The rest is about attitude..:)

Unknown said...

Good advice. Thanks. InsyaAllah I will. :)