Thursday 30 May 2013

Conferring UCC Medicine Class 2013

30052013


Alhamdulillah, secara rasminya pada hari ini, kakak-kakak kesayangan telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.

Dr. Azira dan Dr. Izyan. :)


(and Dr. Sakinah soon insyaAllah)

Di dalam dewan.


Rasa tak percaya. Cepatnya masa berlalu.
Jelas lagi dalam ingatan saat pertama kali bertemu dua doktor baru ini. :')

Kepada Kak Azira dan Kak Yan,
Congratulations! Alhamdulillah, you have made it! :')
Doakan kami adik-adik di sini. 
Teruskan perjuangan di Malaysia.
Kami akan menyusul insyaAllah.. :)

Hari ini jadi babysitter adik. :)
Good girl adik! Behave dia hari ni. ^^

Dah grad, alhamdulillah *ambil feel*

Bersama keluarga tercinta ^^

Specially dedicated to Kak Azira dan Kak Izyan. <3

Jalan kami masih panjang.
Semoga Allah mudahkan.
Amin. :)


Ingatlah..

Pasti ramai yang sudah menonton video ini. Kepada Mat Lutfi dan krew, tahniah diucapkan, video yang sangat baik, sarat dengan mesej.


Paling terkesan, sikap seorang dae'i kepada mad'u.

Kadang kita terlalu cepat berprasangka pada seseorang.
Mereka yang berbeza dengan kita dipandang serong.
Senang saja mereka dilabel dengan pelbagai label.

Ya, saat ini dia yang diuji.
Mana tahu, kalau kita pula yang kecundang di kemudian hari.

Ingatlah.
Dae'i itu mendidik, bukan menghukum.

Credit to Mr Googu.


Saturday 25 May 2013

Kecantikan Senipis Kulit..

"Akak suka anat (anatomy) tak?"
"Suka! Favourite subject akak tu."
"Saya tak suka sangat. Lepas lama-lama belajar, bila dah nampak kebesaran Allah dalam penciptaan manusia tu, baru suka."
"Tula kan. Akak pun sama." 

:)

*****

Allah ciptakan setiap dari kita ada otot-otot yang sama.
Contohnya otot-otot muka.
Muka kita ada orbicularis oris, orbicularis oculi, depressor anguli oris, depressor labii inferioris, dan banyak lagi. Kawan-kawan sekeliling kita pun ada otot muka yang sama.

Credit to Mr Googu

Walaupun otot di muka kita sama fungsinya dengan otot di muka kawan kita, tapi perasan tak, cara kita dan kawan kita senyum semuanya berbeza-beza. Ekspresi muka pun berbeza-beza.

Subhanallah, Maha Suci Allah.
Banyak benda yang boleh kita belajar daripada ciptaan-ciptaan Allah jika kita benar-benar berfikir. :')

Kecantikan hanya senipis kulit.


Di atas otot-otot tu, ada selapis kulit yang nipis.
Nipis tapi MasyaAllah, 'protective barrier' yang terbaik Allah ciptakan untuk melindungi kita daripada segala penyakit.
Dan itulah yang membezakan wajah kita dengan yang lain. 
Walaupun kita punya otot yang sama, tapi muka masing-masing semuanya berbeza.  Ada yang berlesung pipit, ada yang kulit cerah, ada yang sawo matang. ada juga yang hitam manis. Kembar seiras sekalipun ada perbezaannya.

Subhanallah. :)

Kiranya kecantikan ni senipis kulit jela kan?
Kalau semua orang tak ada kulit, muka semua orang sama saja. (Macam gambar atas tu)
But then, many people fall for that (kulit yang nipis tu.)

Subhanallah, indahnya penciptaan manusia.

Sebab tu Rasulullah ajar, bila tengok wajah di cermin, baca doa ini. :)

"Ya Allah ya tuhanku, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, perelokkanlah juga akhlakku."

Semoga akhlak kita seindahkan penciptaan kita.
Kerana kecantikan akhlak itu lebih utama, penyejuk mata.
Sedang kecantikan rupa itu luaran sahaja, yang akan hilang ditelan arus masa.

Thursday 23 May 2013

Lesson from Baking

Hari ini buat 'red velvet cake' sebab kami nak ber'picnic' lagi. Kali ini dengan juniors pula. :) Alhamdulillah, Allah bagi peluang lagi untuk bertemu sahabat-sahabat yang sudah lebih kurang sebulan lebih tidak bersua.

Pagi-pagi lagi dah bertukang di dapur. Walaupun segala sukatan dah dibuat dengan tepat, tapi bater kek tak menjadi juga. Tak 'smooth' macam 'ribbon'.
Alamak, macam mana ni??
Di mana silapnya?
Aku cek semula resepi. Tak tinggal mana-mana bahan pun. Mulalah aku nak reka resepi sendiri. Tambah mentega dan buttermilk, baru masuk oven. Hampa. Ini bukan kali pertama buat, resepi pun resepi yang sama tapi entah kenapa kali ini tak menjadi pula.

"Lihatlah yang tersurat dalam yang tersirat."

Aku percaya, setiap yang berlaku dalam hidup kita pasti ada tujuannya. Bila renung balik, banyak cara Allah nak tunjukkan kekuasaanNya bagi mereka yang berfikir. Contohnya kek tadi, walaupun dah ikut satu-satu segala arahan, tapi bater kek masih tak menjadi. Samalah macam kehidupan. Walaupun segala perancangan telah dibuat dengan teliti, tapi tidak semestinya kesudahannya sama seperti apa yang kita harapkan kerana Allahlah yang berkuasa menentukan tiap-tiap sesuatu.


Lepas 45 minit, kek dah masak. Tak adalah seteruk yang disangka. Rasa sedikit berbeza (sebab dah reka resepi tadi ^^) tapi alhamdulillah licin! Sempat juga buat sushi. :)

Sushi in the making.

Kimbap Salmon :)

Dan picnic sudah semestinya masing-masing kecoh macam biasa. :)




Bunga-bunga Musim Panas :)

MasyaAllah, summer this year is so beautiful! :)
Pretty! No wonder girls love flowers. :)















Oral list~

Bismillahirrahmanirrahim.

Yesterday the oral list for patho (pathology) was out. A few days before was for pharm (pharmacology). Alhamdulillah, I'm not called for any of those subjects but the possibility is clear, whether I am a clear pass or got to resit for autumn papers which are much harder than the summer ones. Allahu Allah.

One thing I pray to Allah, what ever the result is, may it get me closer to Allah than before. Amin.


Wednesday 22 May 2013

Tetamu Jauh :)

"Apabila masuk tetamu pada sesebuah keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu."
[HR Dailami dan Anas]

Dua hari lepas, kami telah menerima kunjungan daripada sahabat-sabahat dari Nottingham. Rasa sangat gembira sebab dah lama tak terima tetamu dari jauh. :) Jarang orang datang ke Cork memandangkan kedudukannya yang jauh (3 jam dari Dublin). Alhamdulillah kami semua dah habis exam, jadi bolehlah layan tetamu sepuas-puasnya. 

Bersama sahabat-sahabat Nottingham.

Berbeza dengan musim panas sebelumnya yang kerap kali panas terik diselang seli dengan hujan renyai-renyai, kali ini suasananya berbeza. Alhamdulillah, lawatan kami ke Blarney Castle tidak mengecewakan. Cuaca sangat terang dan cantik. :)

Blarney Castle

 Pemandangan dari atas Blarney Castle

Ber'picnic' :)

Paling seronok waktu berkelah. Masa tu baru la tahu, oh, die sanguine, oh, die sulung. Masa untuk saling bertaa'ruf dan lebih mengenali antara satu sama lain. :) Semoga Allah eratkan ukhuwah fillah ini hingga ke syurga amin. :)


And this life will end..

This worldly life has an end,
And it's then real life begins.
A world where we will live forever..


Dari pagi asyik ulang lagu yang sama.
Lagu yang bukan sekadar lagu, tapi membawa seribu satu erti.
Tentang hakikat dunia yang fana, dan hakikat kematian yang pasti.

Kita semua ada impian dan cita-cita. Adakah cita-cita kita semuanya terarah kepada destinasi kita yang kekal abadi?
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang menyesal semasa hari dibangkitkan.


Friday 10 May 2013

Dua bulan lagi.. :)

Hari ini hari Jumaat.
Jumaat ini adalah hari terakhir bulan Jamadil Akhir.
Dan malam ini, bermulalah satu bulan yang mulia dalam Islam, Rejab.
Dua bulan lagi datanglah bulan kecintaan umat Islam, bulan Ramadhan.

Teringat lagi kenangan Ramadhan lepas.
Bertarawih bersama family di Masjid Batu. Best sebab ada ceramah antara solat tarawikh.
Peluang untuk para jemaah untuk turut menambah ilmu di bulan mulia ini. :)
(Ramadhan kali ni berazam nak bertarawih setiap malam di sana)
Fify hilang masa tarawih (tersilap ikut orang lain, diingat ummi), air soya sejuk, tamar segar, pasar ramadhan, berbuka di sekolah lama, jejak kasih dengan kawan-kawan.
Dan banyak lagi. :)
Alhamdulillah, Ramadhan lepas ramadhan yang bermakna.
Tak sabar nak jumpa balik Ramadhan. 

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah saw apabila masuk bulan Rejab, Baginda berdoa,
"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan. Kemudian baginda berkata, "Pada malam Jumaatnya ada kemuliaan, dan siangnya ada keagungan." 

Malam ini juga disenaraikan Imam Syafie antara malam yang pintu langit terbuka luas untuk hamba-hambaNya.
Jom doa banyak-banyak! :)
Semoga Allah sampaikan kita pada Ramadhan. Amin.

"Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa kami, dan jadikanlah setiap saat dalam hidup kami sebagai ibadah kepada-Mu ya Allah. Anugerahkanlah kami cintaMu yang agung, dan cinta hamba-hambaMu yang mencintaiMu. Dan sampaikanlah kami ke bulan mulia Ramadhan.
Sampaikanlah.
Sampaikanlah.
Amin ya rabb.




Sunday 5 May 2013

05052013

05052013

Satu tarikh yang akan kuingat sampai bila-bila.
Tarbiyah terus daripada Allah, akan erti sebuah perjuangan.
Benar, perjuangan ini perjuangan nafas panjang.
Bukan terhenti setakat kalah dan menang.

Sedih itu perkara biasa, terutama apabila kita tidak memperoleh apa yang kita hajati. 
Tetapi 'looking at the bright side', terlalu banyak perkara yang nak Allah ajarkan kepada hamba-hambaNya yang berfikir. 
Alhamdulillah, walaupun kita belum menang, namun perjuangan ini telah membuka banyak mata, mempelajari akan hakikat sebenar di negara sendiri.
Walaupun masih ramai lagi yang memilih untuk berdiam diri.
Hmm, masih banyak yang perlu dilakukan.

Keputusan rasmi PRU13

Parlimen
2008 : BN (140) vs PR (82)
2013 : BN (133) vs PR (89)

DUN
2008 : BN (344) vs PR (161)
2013 : BN (275) vs (230)

Popular Votes
BN 5.2 mil
PR 5.5 mil

Hakikatnya, perjuangan ini bukan diukur melalui kalah atau menangnya kita dalam pertempuran itu.
Dan perlu diingat, tujuan utama kita 'bertempur' pun bukanlah untuk menang, tetapi adalah untuk menegakkan syiar Allah di bumi Malaysia. 
Alhamdulillah, dalam PRU kali ini, mesej rakyat telah sampai kepada pemerintah sebelumnya, 
yang rakyat tidak akan berdiam diri andai diperkotak katik lagi. 
Ini jelas.

Kepada pemerintah baru, tahniah dan takziah diucapkan. 
Mandat yang diberikan bukan untuk mainan.
Ada soal jawabnya dengan Tuhan. 
Amanahlah kalian dalam memikul beban dan tanggungan. 
Semoga Allah memelihara kalian.

Sudah masanya untuk mengaulakan yang lebih aula. 
Hakikatnya perjuangan harus diteruskan. 
Baik sebagai seorang Muslim mahupun seorang pelajar. 
Semoga usaha kita selama ini diberkati dan menjadi saham di akhirat.
Tujuan kita tidak terhenti di dunia. 
Ia menjangkau hingga ke akhirat sana. 

Kepada Allah kita berharap, dan kepada Allah kita berserah. 
Sesungguhnya kepada-Nya lah tempat kita kembali.