Hari ini buat 'red velvet cake' sebab kami nak ber'picnic' lagi. Kali ini dengan juniors pula. :) Alhamdulillah, Allah bagi peluang lagi untuk bertemu sahabat-sahabat yang sudah lebih kurang sebulan lebih tidak bersua.
Pagi-pagi lagi dah bertukang di dapur. Walaupun segala sukatan dah dibuat dengan tepat, tapi bater kek tak menjadi juga. Tak 'smooth' macam 'ribbon'.
Alamak, macam mana ni??
Di mana silapnya?
Aku cek semula resepi. Tak tinggal mana-mana bahan pun. Mulalah aku nak reka resepi sendiri. Tambah mentega dan buttermilk, baru masuk oven. Hampa. Ini bukan kali pertama buat, resepi pun resepi yang sama tapi entah kenapa kali ini tak menjadi pula.
"Lihatlah yang tersurat dalam yang tersirat."
Aku percaya, setiap yang berlaku dalam hidup kita pasti ada tujuannya. Bila renung balik, banyak cara Allah nak tunjukkan kekuasaanNya bagi mereka yang berfikir. Contohnya kek tadi, walaupun dah ikut satu-satu segala arahan, tapi bater kek masih tak menjadi. Samalah macam kehidupan. Walaupun segala perancangan telah dibuat dengan teliti, tapi tidak semestinya kesudahannya sama seperti apa yang kita harapkan kerana Allahlah yang berkuasa menentukan tiap-tiap sesuatu.
Lepas 45 minit, kek dah masak. Tak adalah seteruk yang disangka. Rasa sedikit berbeza (sebab dah reka resepi tadi ^^) tapi alhamdulillah licin! Sempat juga buat sushi. :)
Sushi in the making.
Kimbap Salmon :)
Dan picnic sudah semestinya masing-masing kecoh macam biasa. :)
No comments:
Post a Comment