Satu tarikh yang akan kuingat sampai bila-bila.
Tarbiyah terus daripada Allah, akan erti sebuah perjuangan.
Benar, perjuangan ini perjuangan nafas panjang.
Bukan terhenti setakat kalah dan menang.
Sedih itu perkara biasa, terutama apabila kita tidak memperoleh apa yang kita hajati.
Tetapi 'looking at the bright side', terlalu banyak perkara yang nak Allah ajarkan kepada hamba-hambaNya yang berfikir.
Alhamdulillah, walaupun kita belum menang, namun perjuangan ini telah membuka banyak mata, mempelajari akan hakikat sebenar di negara sendiri.
Walaupun masih ramai lagi yang memilih untuk berdiam diri.
Hmm, masih banyak yang perlu dilakukan.
Keputusan rasmi PRU13
Parlimen
2008 : BN (140) vs PR (82)
2013 : BN (133) vs PR (89)
DUN
2008 : BN (344) vs PR (161)
2013 : BN (275) vs (230)
Popular Votes
BN 5.2 mil
PR 5.5 mil
Hakikatnya, perjuangan ini bukan diukur melalui kalah atau menangnya kita dalam pertempuran itu.
Dan perlu diingat, tujuan utama kita 'bertempur' pun bukanlah untuk menang, tetapi adalah untuk menegakkan syiar Allah di bumi Malaysia.
Alhamdulillah, dalam PRU kali ini, mesej rakyat telah sampai kepada pemerintah sebelumnya,
yang rakyat tidak akan berdiam diri andai diperkotak katik lagi.
Ini jelas.
Kepada pemerintah baru, tahniah dan takziah diucapkan.
Mandat yang diberikan bukan untuk mainan.
Ada soal jawabnya dengan Tuhan.
Amanahlah kalian dalam memikul beban dan tanggungan.
Semoga Allah memelihara kalian.
Sudah masanya untuk mengaulakan yang lebih aula.
Hakikatnya perjuangan harus diteruskan.
Baik sebagai seorang Muslim mahupun seorang pelajar.
Semoga usaha kita selama ini diberkati dan menjadi saham di akhirat.
Tujuan kita tidak terhenti di dunia.
Ia menjangkau hingga ke akhirat sana.
Kepada Allah kita berharap, dan kepada Allah kita berserah.
Sesungguhnya kepada-Nya lah tempat kita kembali.
1 comment:
At last..:)
Post a Comment