Saturday, 25 May 2013

Kecantikan Senipis Kulit..

"Akak suka anat (anatomy) tak?"
"Suka! Favourite subject akak tu."
"Saya tak suka sangat. Lepas lama-lama belajar, bila dah nampak kebesaran Allah dalam penciptaan manusia tu, baru suka."
"Tula kan. Akak pun sama." 

:)

*****

Allah ciptakan setiap dari kita ada otot-otot yang sama.
Contohnya otot-otot muka.
Muka kita ada orbicularis oris, orbicularis oculi, depressor anguli oris, depressor labii inferioris, dan banyak lagi. Kawan-kawan sekeliling kita pun ada otot muka yang sama.

Credit to Mr Googu

Walaupun otot di muka kita sama fungsinya dengan otot di muka kawan kita, tapi perasan tak, cara kita dan kawan kita senyum semuanya berbeza-beza. Ekspresi muka pun berbeza-beza.

Subhanallah, Maha Suci Allah.
Banyak benda yang boleh kita belajar daripada ciptaan-ciptaan Allah jika kita benar-benar berfikir. :')

Kecantikan hanya senipis kulit.


Di atas otot-otot tu, ada selapis kulit yang nipis.
Nipis tapi MasyaAllah, 'protective barrier' yang terbaik Allah ciptakan untuk melindungi kita daripada segala penyakit.
Dan itulah yang membezakan wajah kita dengan yang lain. 
Walaupun kita punya otot yang sama, tapi muka masing-masing semuanya berbeza.  Ada yang berlesung pipit, ada yang kulit cerah, ada yang sawo matang. ada juga yang hitam manis. Kembar seiras sekalipun ada perbezaannya.

Subhanallah. :)

Kiranya kecantikan ni senipis kulit jela kan?
Kalau semua orang tak ada kulit, muka semua orang sama saja. (Macam gambar atas tu)
But then, many people fall for that (kulit yang nipis tu.)

Subhanallah, indahnya penciptaan manusia.

Sebab tu Rasulullah ajar, bila tengok wajah di cermin, baca doa ini. :)

"Ya Allah ya tuhanku, sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, perelokkanlah juga akhlakku."

Semoga akhlak kita seindahkan penciptaan kita.
Kerana kecantikan akhlak itu lebih utama, penyejuk mata.
Sedang kecantikan rupa itu luaran sahaja, yang akan hilang ditelan arus masa.

No comments: