Thursday, 10 October 2013

Cantik Luar, Cantik Dalam

Kecantikan~ 
Hati mana yang tidak cair melihat indahnya ciptaan Allah? Mana-mana hati pasti akan tertarik melihat kecantikannya. Tetapi sebaik-baik kecantikan adalah kecantikan akhlak, bukan kecantikan luarannya. Andai kecantikan luaran yang menjadi kayu ukurnya, mana mungkin bahagia menjengah si cacat dan si buta. Andai rupa paras yang menjadi penawar segala, mana mungkin artis cantik bercerai muda.

Tapi hairan. Tak ramai yang nampak hakikat kecantikan itu. Bila rupa cantik, semuanya nampak baik.
"Memanglah dia begitu dan begini. Tapi dia cantik."

Sayang. 
Seribu kali sayang.

"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung."
(Riwayat Bukhari, no 5090, dan Muslim, no 1466)


Kepada kaum Adam,
Pilihlah sebaik-baiknya,
Bukalah mata hatimu seluas-luasnya,
Pilih bukan untuk kebahagiaan dunia semata,
Panjangkan cinta hingga ke syurga sana.

Kepada kaum Hawa,
Kecantikan bukan aset utama, 
Jadilah wanita bertaqwa,
Berakhlak mulia,
Penyejuk mata,
Penenang jiwa.
Itulah sebaik-baik wanita hiasan dunia.


No comments: