"Kakak, kakak tak payah masuk campur. Tu depa punya belief. Kalau dah tu yang depa nak percaya, susah nak ubah. Cakap pi la apa pun. Masyarakat melayu memang lagu ni. Sat lagi tak pasai kita gaduh ngan depa."
Kata ayah selepas aku menegur seseorang tentang kepercayaan karut yang 'so called' petua orang-orang tua. Contohnya meletakkan ayat seribu dinar di dalam kedai untuk melariskan jualan, meletakkan bahan-bahan tertentu untuk menghalau hantu dan sebagainya. Setakat yang aku belajar, ayat seribu dinar itu untuk diamalkan, bukan hanya sekadar diletakkan sebagai hiasan. Begitu juga dengan bahan-bahan tertentu yang kononnya dapat menghalau hantu. Kalau silap langkah, boleh jadi syirik. Naudzubillah.
Aku menegur. Rasa tak sedap, rasa tak patut kalau tak bagitahu.
Tapi kena marah pula. Aku berlapang dada. Biasalah tu.
Ayah pun marah juga. Baginya tindakanku boleh mengundang masalah, menegur mereka yang sudah lama, sudah begitu sebati dengan kepercayaan sebegitu.
Hujahku mudah. Kalau dah tahu, kena bagitahu. Tak boleh diamkan sahaja.
Kata ayah, berapa ramai pesakit yang datang ke hospital sebagai langkah terakhir setelah rawatan tok bomoh tidak berkesan. Dah berbuih mulut menegur tapi masih juga begitu. Lebih percaya kepada kuasa magic si bomoh daripada sains dan perubatan. Malah ada yang meninggal dunia disebabkan jangkitan akibat rawatan bomoh.
Aku akui cabarannya bukan sedikit. Cuba mendidik masyarakat yang sudah sebati dengan kepercayaan-kepercayaan sebegitu. Jujurnya, aku masih terfikir-fikir cara terbaik untuk berhadapan dengan golongan ini.
Ini masyarakat kita, ini tanggungjawab kita.
Physical illness - it's not the only illness that a doctor need to cure.
No comments:
Post a Comment