Monday, 10 June 2013

Summer ini..

Alhamdulillah, dah beberapa hari aku pulang ke Malaysia, tanah air tercinta. :) Walaupun hati berbunga-bunga bahagia, namun ada sedikit kegusaran yang bersarang di jiwa. Bagiku, walaupun 'summer' adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu (sebab boleh pulang untuk berjumpa keluarga), namun cabaran dan dugaan tidak kurang hebatnya.

Ya, dugaan untuk terus kekal istiqomah dengan jalan tarbiyah yang sudah dipilih. Mengapa mencabar?? Banyak sebab. Bi'ah yang berbeza, tanggungjawab yang semakin bertambah, masa yang mengekang,  kemudahan pengangkutan ke tempat program (kalau ada program), dan beberapa lagi. 

Walau apa pun, berusahalah sedaya upaya untuk terus kekal istiqomah dengan amalan-amalan yang dilakukan selama ini. Semoga kita dapat sama-sama istiqomah di jalan-Nya. Alhamdulillah, summer kali ini sangat 'pack' dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Semoga semuanya membawa kepada redha Allah. :)

Tak sabar nak ke Pulau Perhentian. Moga redha Allah bersama. :)

2 comments:

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

and dont forget to read the books (other than academic books) as well.

Reading is the key to be critical in life.

Unknown said...

InsyaAllah I will. That one is in the plan as well. Thanks for the reminder akhi.