Monday, 24 June 2013

No one can make me laugh like they do :)


Tepat jam 11.40 malam, bas kami bergerak ke Melaka. Ayah di sebelah tak henti-henti dengan celotehnya. Kami ketawa. Dan berborak lagi. Dan ketawa. Ayah memang terkenal dengan ketawanya yang menggegar rumah. Penghibur hati kami adik beradik.

"Ayah, jom kita bisiklah. Depa semua dah tidoq dah."
Aku mencadangkan kepada ayah apabila melihat pemuda berbangsa Cina di hadapanku semacam tidak senang tidurnya. Bimbang mengganggu orang lain di dalam bas. Macam-macam yang kami borakkan. Pukul 1 pagi barulah mata ini kuyu dan tertutup.

Sesampai di Melaka, Najihah datang mengambil kami berdua. Rasa 'amazed' kejap tengok Ihah yang dah cekap bawak manual. Hehe.. Kemuadian kami bergerak ke USIM, tempat Huda belajar. Huda sekarang tengah exam. Bimbang mengganggu, kami hanya singgah sebentar untuk makan tengah hari di Chicken Rice Shop. Macam-macam kerenah adik-adik. Macam biasa, aku lebih banyak ketawa. Selepas menghantar Huda baru bergerak ke Gopeng pula untuk melawat Shakir di SBPI Gopeng.

Di hadapan rumah Huda

Makan-makan! :)


Sepanjang perjalanan, kami berborak tentang masa silam, zaman kanak-kanak dahulu. Siapa sangka Ake yang pendiam sangat popular di sekolah. Mengimbau kembali zaman-zaman nakal dahulu. :) Bagaimana Huda yang berhati lembut sering dibuli oleh Ihah yang lebih berani dan firm pendiriannya.

"Kak, nasib baik kita tak pernah satu skolah. Kalau tak mesti senasib dengan Huda, asyik kena buli dengan adik."


Di sekolah Shakir

Selepas menunaikan solat Zohor dan A'sar di surau sekolah, kami bertemu Ake. Berbakul kata semangat diberikan. Hehe.. Amanah daripada Ummi.. :) Alhamdulillah, lega dapat bersua muka dengan semua adik beradik. Akhirnya! Dan macam biasa, aku memang banyak ketawa dengan mereka. And no one has ever make me laugh like they did. ^^

Family are those you cannot choose.
It was meant to be.
And Alhamdulillah, I cannot thank You more Allah,
For this very valuable gift of love. :)

Sunday, 23 June 2013

What to do?

"Kakak, kakak tak payah masuk campur. Tu depa punya belief. Kalau dah tu yang depa nak percaya, susah nak ubah. Cakap pi la apa pun. Masyarakat melayu memang lagu ni. Sat lagi tak pasai kita gaduh ngan depa."

Kata ayah selepas aku menegur seseorang tentang kepercayaan karut yang 'so called' petua orang-orang tua. Contohnya meletakkan ayat seribu dinar di dalam kedai untuk melariskan jualan, meletakkan bahan-bahan tertentu untuk menghalau hantu dan sebagainya. Setakat yang aku belajar, ayat seribu dinar itu untuk diamalkan, bukan hanya sekadar diletakkan sebagai hiasan. Begitu juga dengan bahan-bahan tertentu yang kononnya dapat menghalau hantu. Kalau silap langkah, boleh jadi syirik. Naudzubillah.

Aku menegur. Rasa tak sedap, rasa tak patut kalau tak bagitahu.
Tapi kena marah pula. Aku berlapang dada. Biasalah tu. 
Ayah pun marah juga. Baginya tindakanku boleh mengundang masalah, menegur mereka yang sudah lama, sudah begitu sebati dengan kepercayaan sebegitu.

Hujahku mudah. Kalau dah tahu, kena bagitahu. Tak boleh diamkan sahaja.
Kata ayah, berapa ramai pesakit yang datang ke hospital sebagai langkah terakhir setelah rawatan tok bomoh tidak berkesan. Dah berbuih mulut menegur tapi masih juga begitu. Lebih percaya kepada kuasa magic si bomoh daripada sains dan perubatan. Malah ada yang meninggal dunia disebabkan jangkitan akibat rawatan bomoh.


Aku akui cabarannya bukan sedikit. Cuba mendidik masyarakat yang sudah sebati dengan kepercayaan-kepercayaan sebegitu. Jujurnya, aku masih terfikir-fikir cara terbaik untuk berhadapan dengan golongan ini. 
Ini masyarakat kita, ini tanggungjawab kita. 

Physical illness - it's not the only illness that a doctor need to cure.

Thursday, 13 June 2013

What to expect in Third Year UCC

Assalamua'laikum wbt.
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa. 
Pertamanya, tahniah diucapkan kepada bakal-bakal Third Years. Alhamdulillah, you all have made it so far. :) (dah nak separuh jalan dah yeay!) Memandangkan ramai yang bertanya tentang persediaan untuk ke Tahun 3, well here is an overview of what you gonna face soon,

Ok, for Third Year, there are only 5 subjects but there are lottss of stuff that you gonna have to master. In Third Year, you will go in detail about the diseases and stuffs. These are the subjects you gonna have for Third Year.



FM3003 (Pharmacology)

Kalau in Second Year, there are only 4 major topics right? Well, here in Third Year, we have lotts of topics, according to each system (cardio, respi, GIT, neuro, skin, GU, etc). In this module, you gonna learn about all the drugs for each diseases. Most important thing that you need to focus is the first line treatment, the drugs (of course), all the classes of the drugs, the mechanism of action of each drug (pharmacodinamic and pharmacokinetic) and side effects of them. Do remember, different drugs have different side effects. So make sure you dont mixed them up. 

Tips belajar:
1. It depends on the individual. Some people just use the lecture notes and tambah-tambah sket from Pharmaco Condense. I think Pharmaco Condense is really helpful. Having a strong basic in 2nd year will surely help.
2. Exam: 
- Akan ada beberapa kali assessment yang open book, based on practical. This one make sure you score highest mark as possible. Nama pun open book kan. Dan bila kata based on practical, waktu practical tu make sure datang dan focus. Jangan main nak cepat habis ja.
- Ada juga assessment macam biasa. Last year we got all MCQs. Not sure this year macam mana. Hope the format is still the same. Ada dua kali assessment. Try to do your best in these assessment so that you will not burden yourself during summer exam.
-Summer exam is in essay format. You got to write 5 essays in 3 hours. Memang sakit sternocleidomastoid muscle. We got so many sample questions. So untuk summer exam, cuba go through past years and study how to tackle the questions. Boleh tengok sample answer from previous seniors. This one we can discuss later bila dah nak summer exam. (Please remind me k.)

3. Sound a bit scary sebab banyak nak kena hafal especially all the drugs and their MOA. Tapi jangan risau insyaAllah ok je. Summer exam will help a lot. 

FM3004 (Pathology)

This is the killer subject in Third Year. Never fail to kill someone. But don't worry, ramai je yang perform.
Again in this module, you gonna learn according to the systems. There are so many things you need to focus and the learning pace is very quick as well. One system for one week. At the end of the week, you will have CPC (as usual) where you gonna discuss the questions given in smaller groups.

Tips belajar:
1. Most seniors said lecture notes and buku merah (yang kene beli from medschool) is enough to pass the module. However, extra information is crucial. I suggest BRS Pathology. Buku ni kalau baca dari kulit ke kulit insyaAllah ok exam nanti (quoted from M, senior final year sekarang).
Kalau tanya medschool, dia nak kita study ikot Underwood (buku tebal warna oren yang berat lebih kurang 2kg tu). Well, its up to you. If you have extra time and for extra understanding, boleh ja guna buku tu.
2. The tricky part in Patho is that the questions asked are slightly different from what we had been taught. They can ask you ANYTHING. Even the very minor details could come out in exam. So make sure jangan tinggal even satu ayat pun bila study. Focus more on the presenting complain and the signs and symptoms of diseases so that you can recognize the pattern in questions.
3. Make sure all the common diseases (angina, heart failure, MI, lung cancer, pneumonia, pneumothorax etc) are all at your fingertips.
4. Buat sampai habis all the past years. Even though the questions wouldn't be the same (coz medschool got lotts of question banks) but you will get used to the pattern of the diseases and surely it will help you a lot!
5. Exam: You will have two assessments and a summer exam.
- It is very crucial for you to perform in each assessment, if not you gonna be in trouble during the summer exam. The are many cases where people perform in their summer exam but the assessment marks drag the average mark down. So be extra careful.



CP3002

The fun time begins! :) 
This time around, you will start to attend a hospital rotation 3 days a week (before Christmas) and a full hospital rotation after Christmas. Here is where all your knowledge will be tested. You will also learn many clinical skills (phlebotomy, cannulation, injections, drug administration) and have chance to practice them on real people instead of dummies! (Masa ni baru rasa macam doktor sikit.Hehe..)

This is the time where you will be introduced to the hospital settings and surroundings, so take your time and enjoy it! Reminder : Jangan ponteng rotation! You will miss lotss of stuff. 
During hospital rotation, practice your history taking skills and clinical examination skills. Aim at least one Hx taking and clinical exam each day.

OSCE
You will have two OSCEs. Before Christmas and during Summer exam. Selalunya Summer OSCE lagi susah. So try to get a high mark for the christmas one. 

Assessments
You will have tonnes of CP assessment (over) this year. Ada clinical essays, assessment at the end of hospital rotation, and also peer assessment. So selamatlah sikit sebab pembahagian markah tu mencapah. Make sure you submit all the assessment on time. Late submission will cause you to lose some marks. 

Summer exam is a bit harder coz the questions are integrated ones. It is best for you to finish your pharm and patho revision first before the CP exam coz it will be really really really helpful.

Tips belajar:
1. Master your Pharm and Patho, insyaAllah boleh jawab dengan mudah.
2. Practice, practice and practice! (especially the clinical examination skills)
3. Jangan ponteng rotation.

BH3003

The subject that most people tend to ignore. Well, don't coz this time it is a bit different. Good news for those yg ambil statistics last year. This time you will apply what you learn in BH. You will also have to do an essay (after Christmas). Even though the classes seems boring, but really important coz kalau tak datang, memang merana jugak la nak study balik nanti.. So better datang and familiarize yourselves with all the terms. Nanti nak study balik, takdela berlaku penderaan kepada otak. :)

Last but not least...

SSM

For SSM, ambillah SSM apa pun. Most people prefer SSM yang takda summer exam. :)

General Tips
1. Third year best sebab you gonna face new challenges, new experience. So enjoy the moments! :)
Again, jangan ponteng kelas, jangan ponteng rotation coz you will miss lots of things and opportunities.
2. Practice your skills. Very important in OSCE. And this time, make sure you know by heart why do you do this and that. They ask in OSCE. All the signs in clinical examination, make sure you know a bit bout them and the diseases that cause them. (eg: splinter haemorrage untuk infective endocarditis)
3. After Christmas, you will attend a full hospital rotation. Bila balik dari hospital usually dah penat dan lembik especially those yang hospital jauh. Tapi apa pun, don't forget to study. Jenguk-jenguklah buku tu so that kita tak kalut nanti bila dah dekat nak exam. For the unlucky ones (including me), your last rotation only end a few days before summer exam starts. So nak taknak, memang kena study continuously.
4. All the assessments yang kecik2 ni, jangan diperkecilkan. Try to do your best so that during summer you don't need to struggle like dying untuk pass. 
5. There will be times where we had done our best but the results are not as good as what we had expected. Just remind ourselves, kejayaan Allah yang bagi. Banyakkan berdoa kepada-Nya. Dont give up and strive harder. :)

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.
[Surah Ghafir: 60]

6. Ponteng kelas sangatlah tidak digalakkan. Even kalau hujan ribut pun, pergilah kelas coz once you miss the class, you miss so many things. Third year lecturer ramai yang best cara pengajaran dia. Jadi sangat rugi kalau ponteng kelas.

Apa pun, bittaufiq wan najah dan all the best to all of you. Your batch semuanya bright students. I'm sure you can face the challenges well. :) May Allah bless us and ease your way.

Aim to be a better doctor for a better future. :)

Pembakar semangat. InsyaAllah, its our turn soon. :)
May Allah ease.


Wednesday, 12 June 2013

Akhlak kita..

Pagi tadi, aku bersama Ummi dan Tokcik ke Bagan untuk memperbaharui kad pengenalan. Semasa menunggu giliran, tiba-tiba Ummi disapa seorang lelaki India yang turut sama menunggu pada ketika itu.

"Kakak, kakak mau dengar satu benda ka?"
"Benda apa?" 
"Pagi ni mak saya baru meninggal. Saya pun mai la nak buat laporan dan nak buat permit. Saya tak pernah buat semua ni, first time. Takdak sapa lagi yang meninggal dalam keluarga saya. Saya pun tanya la itu pak guard apa mau buat, mak saya baru meninggal. Saya tak tau. Tiba-tiba dia pi marah-marah saya. Saya tanya elok-elok, jawab la elok-elok. Itu pun tak buleh ka? Apa punya orang." 

Wajahnya jelas kecewa. Matanya merah-merah, mungkin menangisi pemergian ibu tercinta pagi tadi. Ummi cuba menenangkan lelaki tadi tapi aku tak pasti apa yang dikatakan Ummi memandangkan pada ketika itu aku membantu Tokcik di kaunter.

"Saya tau saya India, tapi saya pun rakyat Malaysia. Tak payah nak buat itu macam sama saya. Banyak sakit hati tau kak. Saya mak baru pagi tadi meninggal. Please la show some respect. Orang mungkin tak tau tapi layanan sama India dengan Melayu tak sama tau kak. Saya mintak maaf tapi saya memang sedih la. Dah la sekarang ni semua benda kena bayar. Semua benda banyak mahal. Itu la. Kita mau 'tukar' itu hari depa takmau. Sekarang ni kita tanggung la."

Aku hanya mendiamkan diri. Ummi yang banyak bercakap. 
Aku tidak mahu menyentuh bab 'tukar' atau tidak. Sebagai seorang Muslim, aku percaya, setiap perkara telah ditentukan, dan setiap perkara pasti ada tempoh masanya. Mungkin kita masih belum bersedia. Mungkin kita masih belum cukup berusaha. Yang pasti, Islam akan menang juga suatu hari nanti.

"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak punya sebarang sekutu dalam pemerintahan-Nya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.
[Al-Furqan: 2]

Cuma satu perkara yang membuatkan aku tertanya-tanya. Kita selalu bangga dengan masyarakat kita yang berbilang kaum, boleh hidup harmoni di dalam satu negara, di bawah perlembagaan yang sama. Tapi mengapa perlu wujud diskriminasi antara kita? Aku cuba meletakkan diriku di tempat uncle tadi. Baru sahaja kehilangan ibu tercinta, datang ke pejabat pendaftaran, ingin mebuat laporan kematian (dalam keadaan blur dan helpless sebab tak tahu apa yang patut dilakukan), tiba-tiba diberi pula layanan sebegitu rupa. Pasti sedih di hati berganda-ganda. 

Langsung teringat layanan mesra yang diterima di Ireland walaupun kami adalah warga asing.
"Yes love? What can I do for you love?"
Memang dah jadi kebiasaan, kami akan dipanggil dengan panggilan-panggilan mesra. Sangat senang hati dengan layanan yang diterima.

Ini bukan tentang hak-hak Melayu atau ketuanan Melayu yang sesetengah golongan lantang pertahankan, tapi ini tentang hak sesama manusia. Bukankah saling menghormati dan tolong menolong sesama kita itu adalah adat yang selalu kita banggakan? Dalam Islam juga kita sentiasa disuruh berbuat kebaikan bukan sahaja kepada sesama saudara seIslam, tetapi juga yang belum Islam.

Kalau inilah akhlak yang kita tonjolkan, yang belum Islam tidak akan nampak betapa indahnya cahaya Islam itu sendiri. Perbaikilah akhlak kita. Moga diri kita tidak menjadi fitnah kepada agama. Naudzubillahi minzalik.

Credit tu Mr Googu.

Ooo.. Bukan senang rupanya..

Dah jadi kebiasaan pada waktu 'summer' aku menjadi peneman setia Ummi dan kawan-kawannya ke mana sahaja mereka pergi. Semalam, aku menemani Ummi ke pasar (bukan jual sayur tapi jual baju-baju dan jubah) di Parit Buntar. Selepas itu kami singgah di satu gerai untuk makan bihun sup.

"Kakak blajaq apa?"
"Medic"
"Ni makcik nak tanya, kalau berdengkuq tu penyakit ka? Anak makcik berdengkuq kuat sangat aih sampai kami kena hambat dia naik ataih. Kalau tak sapa pun tak buleh lena."

Kami semua gelak. Dahsyat sangat bunyinya. Segala memori dan pembelajaran tentang 'snoring' bermain-main di kepala.

Maybe just tired, people usually snore when they are tired.
Or could it be a sign of OSA (obstructive sleep apnea)? Patient usually presented with snoring as the first sign.
Or maybe obstructed airway. That explains the sound.
Excessive fat tissue deposition maybe? Hmm..

Baru semangat nak terangkan, tapi..
Alamak! Semua terms dalam bahasa Inggeris. Nak kena 'translate' la pulak.
Tergagap-gagap haa nak bagi makcik tu faham. Alhamdulillah dia faham.

Patutla kawan-kawan kata susah nak cakap dengan pesakit dalam Bahasa Melayu. Dah semua benda belajar dalam English.
Teringat cerita seorang kawan yang sedang buat praktikal di Penang.

Bahasa Inggeris: Do you have heartburn? (baca: pedih ulu hati)
Bila ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu oleh si A ni: Pakcik ada rasa macam dada pakcik terbakaq dak?
Terbeliak pakcik tu. Hehe.. Dulu boleh lah gelak kat si A. Dah kena batang hidung sendiri baru tahu.. 
Ooo.. Bukan senang rupanya. 

My GP once said:
Good doctors are not those who got all the knowledge about diseases and stuffs, but they are the ones who can convey the message properly to the patients, making them understand what's happening to them, and to cooperate as a team in dealing with it. 

Well, sounds tough enough. That doesn't include all the struggles and 'pain' in learning medicine. However, I believe there must be a reason for me to be here, in medical field. Check your intention, may Allah bless everything we do.

Tuesday, 11 June 2013

Di Usia Ini..

"Haa, ni la anak sulung yang blajaq kat Ireland tu. Sakinah nama."
"Tudia kaa.. Ni la yang balik nak bertunang tu kan??"

"Haih! Takdak aih makcik." (Cepat ja aku menjawab)

Memang ku akui, bila mnginjak ke usia 20-an ni, makcik-makcik baik di taman mahupun kampung semua sibuk bertanya macam-macam. Tambah-tambah rakan-rakan sebaya kebanyakannya sudah menganjak ke fasa baru dalam hidup. Ada yang sudah beranak-pinak pun.

"Dah ada orang ka?"
"Bawak balik la mat saleh sorang."
"Fazilah, kalau anak hang takdak orang lagi, kita jadi besan jom."

*Adoi, macam-macam cerita. Macam-macam gaya.*

*****

Teringat waktu perjumpaan dengan pegawai sponsor bulan lepas.

"Kamu semua ni dah ada boyfriend/girlfriend belum??"
". . ."
Krik krik. Senyap. Ada juga yang menggeleng-geleng.
"Laa, takde lagi??"
Kali ini lebih ramai yang menggeleng.
"Esh rugi la macam tu. Tak enjoy. Ni zaman muda-muda la nak enjoy. Takdak life takdak boyfriend. Study, study jugak. Enjoy life kena enjoy jugak. Ni life tak enjoy, asyik dengan buku je. Sebab tu la tension. Cube la open sikit. Anak saya semua ada boyfriend dah, ok ja."

Melopong aku!
Nak suruh couple pulak dah. Orang nak kahwin awal tak bagi, dikatanya gatal.
*facepalm*

Ibu bapa adalah pencorak kepada anak-anak, penentu kepada masa depan dan hala tuju kehidupan mereka. Mendengar percakapan sebegitu keluar dengan begitu lancar dari mulut seorang insan yang bergelar bapa adalah sedikit 'awkward' bagiku. Aku lihat wajah-wajah di sekeliling. Masing-masing berkerut. Aku tahu, kami semua sependapat.

Tapi tak dinafikan, memang ramai juga ibu bapa yang gembira anak daranya diusung ke sana ke mari. Laku kata mereka. Allahu Rabbi. Dalam hati aku bersyukur, Alhamdulillah, dikurniakan ibu bapa yang strict dalam perkara sebegini. Pesan ayah, kalau nak hidup berkeluarga diredhai Allah, tapak permulaannya juga mesti diredhai Allah. Macam mana mengharapkan sakinah, mawaddah wa rahmah kalau mulanya saja Allah sudah murka?

Rabbana Hablana Min Azwajina Wazurriyyatina Qurrota A'yun, Wa Ja'alna lil Muttaqina Imama.

Sesungguhnya kedamaian hati dalam redha-Mu itu yang kami dambakan.

Semoga Allah mudahkan urusan kita dalam membina mahligai yang diredhai Allah, amin.


Monday, 10 June 2013

Summer ini..

Alhamdulillah, dah beberapa hari aku pulang ke Malaysia, tanah air tercinta. :) Walaupun hati berbunga-bunga bahagia, namun ada sedikit kegusaran yang bersarang di jiwa. Bagiku, walaupun 'summer' adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu (sebab boleh pulang untuk berjumpa keluarga), namun cabaran dan dugaan tidak kurang hebatnya.

Ya, dugaan untuk terus kekal istiqomah dengan jalan tarbiyah yang sudah dipilih. Mengapa mencabar?? Banyak sebab. Bi'ah yang berbeza, tanggungjawab yang semakin bertambah, masa yang mengekang,  kemudahan pengangkutan ke tempat program (kalau ada program), dan beberapa lagi. 

Walau apa pun, berusahalah sedaya upaya untuk terus kekal istiqomah dengan amalan-amalan yang dilakukan selama ini. Semoga kita dapat sama-sama istiqomah di jalan-Nya. Alhamdulillah, summer kali ini sangat 'pack' dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Semoga semuanya membawa kepada redha Allah. :)

Tak sabar nak ke Pulau Perhentian. Moga redha Allah bersama. :)

Sunday, 9 June 2013

Ayuh Kembali ke Sekolah!

Hari ini hari pertama aku menghantar adik bongsu ke tadika. Punya liat nak bangun, macam biasalah. Masa nak mandikan dan siap-siapkan ke sekolah paling 'haru'. Menangis tak berhenti, merayu-rayu taknak ke sekolah.

"Oklah, macam ni, kakak teman adik sampai adik balik na. Ok?"

Alhamdulillah, baru la setuju nak ke sekolah. Macam-macam. Hehe..

 Ummi dan Afifi ke sekolah. Nasib baik la tadika depan rumah saja. Senang nak hantar. :)

Yeeayy! Dah sampai tadika! ^^

 Masing-masing siap ada tempat simpan kasut sendiri. ^^ Teringat zaman tadika dulu.

Alhamdulilah, sampai tadika, jumpa kawan-kawan terus ceria. Tak peduli dah si kakak kat luar. 

ps: Dealing with kids need patience and love but at the same time need to be gentle in showing them what is right and what is wrong. This is the time they learn about the world. Dealing with Afifi makes me wonder, could I be a good mom to my childen? InsyaAllah, may Allah ease the way and guide me. :)


That perfect girl~

"You are just too perfect. You never taste failure. You are the love of the teachers, you got many friends, and you got everything you ever wanted."

A dear friend of mine once told me. 

Too perfect??
Never taste failure???

I laughed. Not sure what is it for. It was a shock actually to hear this.

Facing failure is hard, yes I know, coz I face them too. It is even harder if you are carrying others' hope, your mom, your dad, your siblings and families. It is tough indeed (hate it when I fail others). But the thing about failure is not how big or how destructive the failure is. It is your action towards it that matters.

Sejak dari sekolah rendah, aku selalu jadi top scorer. Sampai ke sekolah menengah rendah pun, alhamdulillah, Allah masih lagi panjangkan nikmat untuk jadi top scorer. Tak pernah duduk di bawah kata orang. Masa tu memang 'nerd' habis. Jalan nak pergi perhimpunan pun pegang buku. Jarang pergi rehat sebab ber'chenta' dengan buku dan cikgu di bilik guru lagi 'kenyang'.

Seorang kawan lelaki pernah bagitahu masa reunion beberapa tahun lepas.
"Hang macam duduk dalam dunia hang sendiri. Kami semua tak berani kacau hang."
"Haha. Nasib baik hampa tak kacau. Kalau kacau habis lah kena dengan pak aku." Saja berseloroh. 

Tapi bila masuk menengah atas, everything turned upside down. 
Daripada dapat nombor satu setiap tahun, tiba-tiba belakang nombor satu tu ada pulak dua angka (1**).
Dah la tu, pernah dua tiga kali dipanggil ke bilik guru sebab masalah akademik (especially add-math). Ada sekali tu masa Tingkatan 5, kena panggil dengan Cikgu Nik Norlan sebab markah add-math teruk sangat, sampai drag markah average kelas. 

Feeling down??
Memang down. 
Tapi benarlah, hidup ni macam roda. Kejap kita di atas, kejap kita di bawah. Dan bermula dari saat itu, aku mula belajar untuk bangkit dari kegagalan. Bukan senang. Kadang jatuh balik. Sampai sekarang pun kadang masih merangkak mencari kekuatan bila ditimpa ujian. Tapi yang penting, kena bangun balik. Dan alhamdulillah, Allah datangkan bantuan dengan menghadirkan insan-insan yang tidak putus-putus menyuntik semangat. :) Dan Allah hadiahkan pula kemanisan selepas kita penat berjuang. :) Banyak hikmah yang tersembunyi, yang hanya tersingkap bila kita ambil masa untuk merenung dan melihat. 

Yes, at times you can win. But sometimes you have to learn, and its best to learn from mistakes.

Semua perkara yang Allah dah tetapkan, ada hikmahnya.
Bergantung kepada kita untuk berfikir sejenak dan mengutip mutiara-mutiara yang ada atau terus memejamkan mata.

Credit to My Googu

To that dearest friend of mine,
I am not a perfect girl. In fact, I got many flaws. I am just an ordinary girl who's trying her best to become the best and give the best out of her life. There's no man on Earth who never taste failure. Its just how we treat and define them that matters.

ps: Nasihat pada diri sendiri jugak, yang kadang terlupa hidup ini satu ujian, dan kegagalan bukanlah satu pengakhiran.

Sunday, 2 June 2013

Things I'm Gonna Miss

InsyaAllah, lagi 4 hari, aku akan pulang ke Malaysia.
A place like no others. :)
Families, friends, the food (of course!), bazaar, teh tarik mamak, laksa penang, etc.

But for sure I'm gonna miss Ireland (Cork to be specific). Why??

1. The cold weather in summer (matahari cerah tapi macam duduk dalam air-cond)
2. Harga barang asas yang murah (carrot, brokoli, cheese, bawang, beras. Semua harga satu euro sekampit)
3. 'Motorcycleless', safer road. (Bukan tak suka penunggang motosikal, tapi rasa macam jalan raya lebih selamat sebab selalu penunggang motosikal jadi mangsa kecuaian orang lain. Lagi pun, di Ireland, jarang pemandu bawa laju kecuali di highway)
4. Friendly, polite, and talkative neighbours and local people.
5. Boleh jalan sorang-sorang walaupun waktu malam (kalau kat Malaysia, waktu tengah hari pun tak berani nak keluar rumah sorang-sorang)
6. Trustworthy people (kalau tertinggal phone di tandas awam, atau tercicir, insyaAllah jumpa balik) *pengalaman*
7. Biah solehah di Cork. Semoga boleh terus istiqamah summer nanti amin. :)
8.Paling rindu skali mestilah adik dan budak bulat ni! ^^

Budak bulat Ulwan. :)

Adik bersama babysitter di conferring Acik Yan & Acik Azira

Buah tangan untuk sahabat-sahabat sebelum pulang ke Malaysia.
Jom baca buku banyak-banyak!! 

Semoga cuti summer kali ini lebih bermanfaat daripada cuti-cuti sebelumnya. :)