Thursday 5 December 2013

Jodoh..

Dulu masa tingkatan-tingkatan dulu, bila tengok muka kawan-kawan, selalu terfikir, apa perasaan eh bila tengok muka-muka ni dah kahwin? Masa tu tak boleh bayang, maklumlah, tak matang lagi.
Sekarang persoalan tu dah terjawab. 
Perasaan? Hmm.. Macam-macam. Tapi bukan nak komen pasal tu.
Nak cakap pasal jodoh.

"Eh, A kawen dengan orang lain la. Bukan dengan B."
"Eh, C dengan D la. Tak tahu plak diorang together."

Ada kawan tanya, kenapa Allah temukan kita dengan seseorang tu kalau dah dia bukan jodoh kita?
Sebab ada benda yang Allah nak ajar kita dari situ. 
Jawapan yang pendek, ringkas, tapi bermakna.

Bab jodoh memang antara perkara yang banyak jadi tanda tanya kita.
Kenapa itu, kenapa ini. 
Tapi percaya la.
Takdenya Allah buat sesuatu perkara sia-sia.
Kalau niat kita memang kerana Dia, 
InsyaAllah pertolongan tu datang bila-bila.

Tadi terbaca Hilal Asyraf punya post.
"Kahwin ni kerana Allah,
Bukan kerana orang yang kita suka.
Boleh jadi Allah tak bagi orang yang kita suka.
Sebabnya Dia nak bagi orang yang Dia suka."

Jadi yakin la. 
Biar Dia tak bagi apa yang kita mahu.
Sebab Dia lebih tahu apa yang kita perlu.

3 comments:

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

In my opinion, jodoh is not just about marriage, but it's about with whom we are/will be dealing with..:)

Unknown said...

Oh yes, I remember definition jodoh UAI. :)

Unknown said...

suka post ni ;)
semoga dimudahkan akak :)