Tuesday, 11 June 2013

Di Usia Ini..

"Haa, ni la anak sulung yang blajaq kat Ireland tu. Sakinah nama."
"Tudia kaa.. Ni la yang balik nak bertunang tu kan??"

"Haih! Takdak aih makcik." (Cepat ja aku menjawab)

Memang ku akui, bila mnginjak ke usia 20-an ni, makcik-makcik baik di taman mahupun kampung semua sibuk bertanya macam-macam. Tambah-tambah rakan-rakan sebaya kebanyakannya sudah menganjak ke fasa baru dalam hidup. Ada yang sudah beranak-pinak pun.

"Dah ada orang ka?"
"Bawak balik la mat saleh sorang."
"Fazilah, kalau anak hang takdak orang lagi, kita jadi besan jom."

*Adoi, macam-macam cerita. Macam-macam gaya.*

*****

Teringat waktu perjumpaan dengan pegawai sponsor bulan lepas.

"Kamu semua ni dah ada boyfriend/girlfriend belum??"
". . ."
Krik krik. Senyap. Ada juga yang menggeleng-geleng.
"Laa, takde lagi??"
Kali ini lebih ramai yang menggeleng.
"Esh rugi la macam tu. Tak enjoy. Ni zaman muda-muda la nak enjoy. Takdak life takdak boyfriend. Study, study jugak. Enjoy life kena enjoy jugak. Ni life tak enjoy, asyik dengan buku je. Sebab tu la tension. Cube la open sikit. Anak saya semua ada boyfriend dah, ok ja."

Melopong aku!
Nak suruh couple pulak dah. Orang nak kahwin awal tak bagi, dikatanya gatal.
*facepalm*

Ibu bapa adalah pencorak kepada anak-anak, penentu kepada masa depan dan hala tuju kehidupan mereka. Mendengar percakapan sebegitu keluar dengan begitu lancar dari mulut seorang insan yang bergelar bapa adalah sedikit 'awkward' bagiku. Aku lihat wajah-wajah di sekeliling. Masing-masing berkerut. Aku tahu, kami semua sependapat.

Tapi tak dinafikan, memang ramai juga ibu bapa yang gembira anak daranya diusung ke sana ke mari. Laku kata mereka. Allahu Rabbi. Dalam hati aku bersyukur, Alhamdulillah, dikurniakan ibu bapa yang strict dalam perkara sebegini. Pesan ayah, kalau nak hidup berkeluarga diredhai Allah, tapak permulaannya juga mesti diredhai Allah. Macam mana mengharapkan sakinah, mawaddah wa rahmah kalau mulanya saja Allah sudah murka?

Rabbana Hablana Min Azwajina Wazurriyyatina Qurrota A'yun, Wa Ja'alna lil Muttaqina Imama.

Sesungguhnya kedamaian hati dalam redha-Mu itu yang kami dambakan.

Semoga Allah mudahkan urusan kita dalam membina mahligai yang diredhai Allah, amin.


Monday, 10 June 2013

Summer ini..

Alhamdulillah, dah beberapa hari aku pulang ke Malaysia, tanah air tercinta. :) Walaupun hati berbunga-bunga bahagia, namun ada sedikit kegusaran yang bersarang di jiwa. Bagiku, walaupun 'summer' adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu (sebab boleh pulang untuk berjumpa keluarga), namun cabaran dan dugaan tidak kurang hebatnya.

Ya, dugaan untuk terus kekal istiqomah dengan jalan tarbiyah yang sudah dipilih. Mengapa mencabar?? Banyak sebab. Bi'ah yang berbeza, tanggungjawab yang semakin bertambah, masa yang mengekang,  kemudahan pengangkutan ke tempat program (kalau ada program), dan beberapa lagi. 

Walau apa pun, berusahalah sedaya upaya untuk terus kekal istiqomah dengan amalan-amalan yang dilakukan selama ini. Semoga kita dapat sama-sama istiqomah di jalan-Nya. Alhamdulillah, summer kali ini sangat 'pack' dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Semoga semuanya membawa kepada redha Allah. :)

Tak sabar nak ke Pulau Perhentian. Moga redha Allah bersama. :)

Sunday, 9 June 2013

Ayuh Kembali ke Sekolah!

Hari ini hari pertama aku menghantar adik bongsu ke tadika. Punya liat nak bangun, macam biasalah. Masa nak mandikan dan siap-siapkan ke sekolah paling 'haru'. Menangis tak berhenti, merayu-rayu taknak ke sekolah.

"Oklah, macam ni, kakak teman adik sampai adik balik na. Ok?"

Alhamdulillah, baru la setuju nak ke sekolah. Macam-macam. Hehe..

 Ummi dan Afifi ke sekolah. Nasib baik la tadika depan rumah saja. Senang nak hantar. :)

Yeeayy! Dah sampai tadika! ^^

 Masing-masing siap ada tempat simpan kasut sendiri. ^^ Teringat zaman tadika dulu.

Alhamdulilah, sampai tadika, jumpa kawan-kawan terus ceria. Tak peduli dah si kakak kat luar. 

ps: Dealing with kids need patience and love but at the same time need to be gentle in showing them what is right and what is wrong. This is the time they learn about the world. Dealing with Afifi makes me wonder, could I be a good mom to my childen? InsyaAllah, may Allah ease the way and guide me. :)


That perfect girl~

"You are just too perfect. You never taste failure. You are the love of the teachers, you got many friends, and you got everything you ever wanted."

A dear friend of mine once told me. 

Too perfect??
Never taste failure???

I laughed. Not sure what is it for. It was a shock actually to hear this.

Facing failure is hard, yes I know, coz I face them too. It is even harder if you are carrying others' hope, your mom, your dad, your siblings and families. It is tough indeed (hate it when I fail others). But the thing about failure is not how big or how destructive the failure is. It is your action towards it that matters.

Sejak dari sekolah rendah, aku selalu jadi top scorer. Sampai ke sekolah menengah rendah pun, alhamdulillah, Allah masih lagi panjangkan nikmat untuk jadi top scorer. Tak pernah duduk di bawah kata orang. Masa tu memang 'nerd' habis. Jalan nak pergi perhimpunan pun pegang buku. Jarang pergi rehat sebab ber'chenta' dengan buku dan cikgu di bilik guru lagi 'kenyang'.

Seorang kawan lelaki pernah bagitahu masa reunion beberapa tahun lepas.
"Hang macam duduk dalam dunia hang sendiri. Kami semua tak berani kacau hang."
"Haha. Nasib baik hampa tak kacau. Kalau kacau habis lah kena dengan pak aku." Saja berseloroh. 

Tapi bila masuk menengah atas, everything turned upside down. 
Daripada dapat nombor satu setiap tahun, tiba-tiba belakang nombor satu tu ada pulak dua angka (1**).
Dah la tu, pernah dua tiga kali dipanggil ke bilik guru sebab masalah akademik (especially add-math). Ada sekali tu masa Tingkatan 5, kena panggil dengan Cikgu Nik Norlan sebab markah add-math teruk sangat, sampai drag markah average kelas. 

Feeling down??
Memang down. 
Tapi benarlah, hidup ni macam roda. Kejap kita di atas, kejap kita di bawah. Dan bermula dari saat itu, aku mula belajar untuk bangkit dari kegagalan. Bukan senang. Kadang jatuh balik. Sampai sekarang pun kadang masih merangkak mencari kekuatan bila ditimpa ujian. Tapi yang penting, kena bangun balik. Dan alhamdulillah, Allah datangkan bantuan dengan menghadirkan insan-insan yang tidak putus-putus menyuntik semangat. :) Dan Allah hadiahkan pula kemanisan selepas kita penat berjuang. :) Banyak hikmah yang tersembunyi, yang hanya tersingkap bila kita ambil masa untuk merenung dan melihat. 

Yes, at times you can win. But sometimes you have to learn, and its best to learn from mistakes.

Semua perkara yang Allah dah tetapkan, ada hikmahnya.
Bergantung kepada kita untuk berfikir sejenak dan mengutip mutiara-mutiara yang ada atau terus memejamkan mata.

Credit to My Googu

To that dearest friend of mine,
I am not a perfect girl. In fact, I got many flaws. I am just an ordinary girl who's trying her best to become the best and give the best out of her life. There's no man on Earth who never taste failure. Its just how we treat and define them that matters.

ps: Nasihat pada diri sendiri jugak, yang kadang terlupa hidup ini satu ujian, dan kegagalan bukanlah satu pengakhiran.

Sunday, 2 June 2013

Things I'm Gonna Miss

InsyaAllah, lagi 4 hari, aku akan pulang ke Malaysia.
A place like no others. :)
Families, friends, the food (of course!), bazaar, teh tarik mamak, laksa penang, etc.

But for sure I'm gonna miss Ireland (Cork to be specific). Why??

1. The cold weather in summer (matahari cerah tapi macam duduk dalam air-cond)
2. Harga barang asas yang murah (carrot, brokoli, cheese, bawang, beras. Semua harga satu euro sekampit)
3. 'Motorcycleless', safer road. (Bukan tak suka penunggang motosikal, tapi rasa macam jalan raya lebih selamat sebab selalu penunggang motosikal jadi mangsa kecuaian orang lain. Lagi pun, di Ireland, jarang pemandu bawa laju kecuali di highway)
4. Friendly, polite, and talkative neighbours and local people.
5. Boleh jalan sorang-sorang walaupun waktu malam (kalau kat Malaysia, waktu tengah hari pun tak berani nak keluar rumah sorang-sorang)
6. Trustworthy people (kalau tertinggal phone di tandas awam, atau tercicir, insyaAllah jumpa balik) *pengalaman*
7. Biah solehah di Cork. Semoga boleh terus istiqamah summer nanti amin. :)
8.Paling rindu skali mestilah adik dan budak bulat ni! ^^

Budak bulat Ulwan. :)

Adik bersama babysitter di conferring Acik Yan & Acik Azira

Buah tangan untuk sahabat-sahabat sebelum pulang ke Malaysia.
Jom baca buku banyak-banyak!! 

Semoga cuti summer kali ini lebih bermanfaat daripada cuti-cuti sebelumnya. :)