Monday, 20 October 2014

DIstance......

They said distance makes heart grows fonder.
It's true. T_T

May Allah bless and protect my love ones back home.
It's just a few months left before we meet again.
Stay strong. Just few months more to go.



OK, need to focus now.
Exam is coming.

Wednesday, 24 September 2014

:)



Bila dengar lagu ni, teringat kata-kata Yasmin Mogahed. 
This world is not perfectly good, and it's not perfectly bad either. :)

Indeed, my routine is waaaaaaayy busier than few years back. Boleh kata exam final every month.
But Alhamdulillah, with this 'test', I learn to appreciate time better, and cherish every single opportunity I have to create memorable moments with loved ones. :)

FINAL YEAR
Tough but we'll make it through, InsyaAllah. :)


#Reflection2DaysPriorFirstLongCase

Wednesday, 18 June 2014

'Kehandalan' Geografi Anak-anak Dr Fauzi

*random post*


Situasi 1
Ati: Ummi, Ipoh tu kat mana?
Ummi: Haa, teka kat mana.
Ati: Penang kan?
Ummi: (-_-')

Situasi 2
Ayah: Hampa ni, takkan tu pun taktau. Ibu negeri Penang apa?
Ati: Seberang Jaya kan?
Huda: Hahaha! Salaaah!! Bukit Mertajam laa~
Ayah: *facepalm*

Situasi 3
Syaima: Spain kalah teruk dengan Holland.
Sakinah: Laa, Spain kalah dua kali la?
Syaima: *puzzled* Spain kalah dengan sapa lagi?
Sakinah: Netherlands.

Situasi 4
Ayah: Ingat dak jalan nak pi SMKA?
Kakak, Huda: Tak.
Ayah: Berapa puluh taun dah sekolah situ, berapa puluh kali dah hampa lalu jalan sama. -_-

Situasi 5
Ayah: Kat mana dah la ni?
Huda: Tak tau la, jalan dia banyak tiang lampu.
Ayah: -_- Jalan tu ja kot ada tiang lampu.


Huda, Ati and me couldn't be saved anymore. :p
The rest are still manageable.
Or may be not~ :p

Wednesday, 12 February 2014

Prihatin

Pagi itu, semua rumah di sekitar Wilton Court menerima satu surat bertulisan tangan. Surat yang cukup mengharukan.


Isi kandungannya jelas menggambarkan keprihatinan seorang jiran kepada jiran tetangganya yang lain. Walaupun kami berlainan bangsa dan agama, malah juga berlainan kewarganegaraan, namun itu semua tidak menghalangnya daripada melakukan perkara yang dirasakan perlu untuk kepentingan jiran tetangga yang lain. MasyaAllah, mulia sungguh hati jiran yang seorang ini. :')

Masih ku ingat, satu lagi insiden yang cukup mengharukan. Petang itu, angin bertiup kencang dan hujan turun dengan begitu lebat sekali. Tidak seperti musim sejuk di tempat lain yang dilitupi dengan salji yang memutih, musim sejuk di Ireland selalunya disambut dengan hujan lebat yang sejuknya ibarat air ais dan angin yang kencang. Selepas menyertai demonstrasi 'Free Palestine' di 'town', kami berlari mengejar bas 208 untuk pulang ke rumah. Duit yang aku ada cukup-cukup untuk membayar tambang bas. Selepas menyerahkannya kepada pemandu, baru ku sedari rakan di sebelah tidak punya wang yang cukup untuk membayar tambang. 

"Sir, I'm sorry. I think I'm not going to take the bus. My friend here, she doesn't have enough money to pay. So I think I'm gonna walk home with her."
"In weather like this?! No way. Come in both of you. Just pay for one. I'm gonna close my eyes on this."

Die tersenyum sambil mengenyitkan mata. Tambang bas seorang untuk dua kepala. Alhamdulillah. :)

Dua insiden yang berbeza tetapi cukup menggambarkan keprihatinan mereka. Mereka bukan hanya berfikir untuk orang lain, tetapi juga bertindak untuk kepentingan orang lain, bukan kepentingan diri semata. 
Hmm, bagaimana dengan masyarakat kita? Bukankah itu yang Islam ajarkan kepada umatnya?

I couldn't help to think that sometimes our morale of thinking are way behind than what Islam had thought us.
It's time to change.

Monday, 27 January 2014

Kita Memang Layak Diuji..


Kadang bila diuji,
Kita rasa macam ujian kitalah yang paling berat. 
Ujian kitalah yang paling dahsyat. 
Ujian kitalah paling besar dalam dunia. 

Kadang bila diuji, 
Cepat kita merasa tak terdaya. 
Cepat kita merasa putus asa. 
Sampai kadang kita terlupa betapa besar dan luasnya rahmat-Nya.

Kadang tanpa sedar kita bertanya, 
Kenapa Allah uji aku begini? 
Kita rasa kita dah buat semua yang Allah suruh. 
Kita tinggal semua yang Dia larang.
Tapi kenapa masih diuji begini?

Kita terlupa seketika..
Kita memang layak diuji. 
Sebab kita hamba.
Dan Dia Tuhan kita.

Dan kemudian mata kita terbuka. Baru nampak orang lain, yang dugaannya mungkin jauh lebih payah dari kita. Kuasa Allah, Dia nak tunjuk. Kalau pun ujian kita berat, ada lagi hamba-Nya yang memikul beban ujian yang jauh lebih berat. Kalaupun ujian kita besar, ada hamba-Nya yang menanggung ujian yang jauh lebih besar.

Ujian sebenarnya satu rahmat.
Sering kali membawa hati-hati yang jauh tersasar kembali ke jalan yang benar.
Bersabarlah dalam setiap ujian.
Kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.

"Selalu kita dengar orang cakap, ujian tu ada hikmah. Kadang kita tertunggu-tunggu, apa hikmah di sebalik ujian yang kita dapat. Lama kita menunggu tapi tak jumpa-jumpa. Memang betul setiap ujian ada hikmahnya. Tapi dalam hidup kita, sedikit sahaja yang Allah biarkan kita bertemu dengan hikmahnya. Selebihnya kita akan ketahui di Mahsyar nanti. Waktu di mana setiap hikmah ujian dalam kehidupan kita terbuka. Waktu itu baru kita mengerti, apa hikmah bila kita diuji. Oleh itu anakku, bersabarlah dengan ujian. Sebab setiap satunya ada hikmah tersendiri."
-Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man-